PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

MB arah projek tebatan banjir dipercepatkan

MB arah projek tebatan banjir dipercepatkan

KOTA TINGGI – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan supaya pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini dipercepatkan.

Tegas beliau, RTB tersebut merupakan usaha kerajaan dalam mengurangkan impak bencana banjir yang sering melanda negeri ini.

Menurutnya, beliau diberi taklimat mengenai tiga projek RTB di Sungai Johor dan Sungai Pemandi di sini yang kini berada dalam fasa pelaksanaan.

“Isu ini sebenarnya harus ditangani dengan segera dan lebih serius supaya kejadian banjir yang sama tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Untuk rekod, penduduk Taman Mawai di sini yang sudah berdepan bencana banjir lebih 20 kali sejak 15 tahun lalu dilaporkan memohon supaya projek RTB itu dapat segera disiapkan.

Terdahulu, Onn Hafiz sempat menyantuni mangsa banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS), melibatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cina New Kota, Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang, SK Laksamana dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kota Tinggi.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,973 penduduk daripada 1,113 keluarga ditempatkan di 38 PPS di lima daerah terjejas setakat pukul 8 pagi ini.

Ini berbeza dengan jumlah mangsa banjir seramai 3,449 penduduk di 36 PPS di lima daerah, setakat pagi 8 pagi semalam.- MalaysiaGazette

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search