Air mula naik
- Admin UKK
- Berita
Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa lokasi di Tanah Merah dan Kuala Krai mula dinaiki air.
Beberapa lokasi di Tanah Merah mula dinaiki air pada petang semalam termasuk di Bendang Nyiur, Kelewek, Batu Gajah, Gual Ipoh, Manal, Batang Merbau dan Jedok.
Di Kuala Krai turut membabitkan beberapa kawasan dinaiki air termasuk Bukit Sireh, Lubuk Simpul dan Keroh.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, susulan hujan lebat itu, pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Lawang dalam proses untuk dibuka bagi memindahkan mangsa banjir.
Katanya, pihaknya sedang melakukan pemantauan di beberapa lokasi hot spot yang dijangka banjir.
Beliau turut mengingatkan penduduk supaya berpindah ke tempat PPS sekiranya paras air semakin meningkat.