PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kesiapsiagaan Hadapi Banjir Di Tahap Tertinggi – Ahmad Zahid

Kesiapsiagaan Hadapi Banjir Di Tahap Tertinggi – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 28 Nov – Tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir di semua peringkat kini dipertingkatkan ke tahap tertinggi, memandangkan bencana itu dijangka lebih teruk berbanding pada 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Beliau berkata kerajaan telah mengenal pasti 8,481 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung 2.1 juta mangsa di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.

“Di Kelantan, kita ada 448 PPS yang boleh menampung seramai 175,000 orang dan Terengganu, 749 PPS disediakan untuk menampung kira-kira 214,000 mangsa.

“Jadi dalam keadaan (banjir) yang begitu, kerjasama semua pihak telah dimobilisasikan (memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai aset pasukan keselamatan turut digerakkan antaranya 2,031 bot penyelamat, 1,399 kenderaan pacuan empat roda serta 31 buah helikopter. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search