PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: 500 penduduk sedia 'naik' bukit

Banjir: 500 penduduk sedia 'naik' bukit

Kuala Krai: Hampir 500 penduduk di Kampung Pasir Era di sini, kini bersiap sedia untuk menyelamatkan diri ke atas bukit selepas kawasan perkampungan mereka terkepung susulan jalan utama dinaiki air setinggi empat meter.

Menurut penduduk kampung, Nazira Abdul Ghani, 48, hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan air Sungai Kelantan di Kuala Krai melimpahi tebing sehingga menenggelamkan jalan di kampung berkenaan.

Katanya, sehingga pagi ini, hujan masih belum berhenti dan paras air sungai juga menunjukkan trend menaik.

"Lebih membimbangkan, anak saudara saya berpantang di rumah bersama bayinya yang berusia 10 hari dan pada masa sama, ibu saya, Zawiah Mat Salleh, 81, juga tidak sihat kerana sakit tua.

"Penduduk tidak berani mengambil risiko untuk mengharungi banjir kerana arusnya yang deras serta dalam," katanya ketika dihubungi.

Nazira berkata, bekalan makanan juga semakin berkurangan disebabkan kedai runcit yang menjual barang keperluan harian juga semakin kekurangan stok. "Saya bimbang jika keadaan berterusan begini, kami akan terputus bekalan makanan," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search