PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat

Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa negeri di Semenanjung yang dilanda bencana alam itu, merekodkan peningkatan setakat 8 pagi.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam kelmarin, kini berada di 17 PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan daerah yang terjejas ialah Marang dengan 195 mangsa ditempatkan di empat PPS; Hulu Terengganu (68 mangsa, empat PPS); Besut (43 mangsa, dua PPS); Dungun (59 mangsa, tiga PPS); Kemaman (32 mangsa, dua PPS) dan di Setiu hanya satu mangsa di PPS Balai Raya Kampung Bintang.

Paras air di empat lokasi iaitu Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang serta Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu telah melepasi paras amaran.

Di Melaka, 264 mangsa daripada 71 keluarga berlindung di tiga PPS selepas kediaman mereka terjejas banjir, susulan hujan lebat sejak 5 petang kelmarin.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka tiga PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak, Kompleks Japerun Pantai Kundur dan SK Taman Bukit Rambai.

Di Perak, jumlah manga banjir masih kekal 68 orang daripada 23 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok, meningkat sedikit kepada 40 orang berbanding 30 orang malam kelmarin.

Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan kini melebihi paras amaran iaitu 8.64 meter (m) (amaran 8.0m) manakala tiga sungai lagi kini pada paras berjaga-jaga.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search