Metmalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada
- Admin UKK
- Berita
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala bagi Perlis, Kedah dan
Perak pula mulai 26 November.
Amaran membabitkan seluruh Terengganu, manakala di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh serta Kuala Krai dan di Pahang meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Dalam kenyataan semalam, Metmalaysia mengeluarkan amaran sama sehingga 29 November bagi seluruh Perlis, selain Kubang Pasu, Pokok Sena,
Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah.
Di Pahang pula meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera serta Hulu Perak di Perak dan Gua Musang di Kelantan.
Hujan berterusan juga dijangka di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat hingga 25 November.