PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

BANTUAN PENERBANGAN MEMBAWA BARANGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KE SABAH DAN SARAWAK

BANTUAN PENERBANGAN MEMBAWA BARANGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KE SABAH DAN SARAWAK DITERUSKAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA
Pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan pada semalam, 16 April 2020 yang membawa bekalan barang-barang perubatan dan kesihatan ke Sabah dan Sarawak.
 
Bekalan peralatan perubatan dan kesihatan seperti topeng muka (face mask), sarung tangan (glove), PPE dan beberapa peralatan makmal disalurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi PengurusaN Bencana Negara (NADMA) , Malaysia Relief Agency (MRA) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
 
Penerbangan ‘’Logistic Comm” pesawat A400M semalam telah melaksanakan dua (2) sortie melibatkan penghantaran ke Kota Kinabalu dan Kuching. Sortie pertama diketuai juruterbang Mej Phanom a/l Achuan TUDM; pembantu juruterbang , Kapt Mohd Mazhan bin Puteh @ Abdullah TUDM dan lima (5) anak kapal manakala bagi sortie kedua, pesawat diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM dibantu pembantu juruterbang, Kapt Mohamad Ridhwan bin Yahaya TUDM dan tiga (3) anak kapal.
 
Komitmen TUDM untuk kesejahteraan rakyat dan negara ketika ini yang berhadapan dengan krisis kesihatan dunia akibat wabak COVID-19 khususnya melibatkan penghantaran melalui jalan udara ke Sabah dan Sarawak akan diteruskan tertakluk kepada keperluan semasa.
 
Tahniah dan syabas kepada semua anak kapal pesawat A400M dan juga warga kerja TUDM serta agensi-agensi yang membantu dalam melaksanakan misi ini dengan jayanya. Bantuan yang diberikan ini diharap dapat membantu kumpulan barisan hadapan khususnya petugas-petugas perubatan agar dapat melaksanakan tugas yang berisiko ini dengan sebaik-baiknya.
 
-Ihsan TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)-
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search