Malaysian Civil-Military Coordination on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Workshop, 17-20 April 2019
- Admin
- Berita
Theme for the day: Testing Response Roles.
HADR Planning Exercise (TTX) where participants were given Natural Disaster Scenario (Flood) where Malaysia became the affected state, disaster Level 3. Discussion was on regional and international assisting state support.
𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝟑𝟔 𝐉𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐑𝐀𝐆
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝟎𝟏 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐔𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝟑𝟔 𝐉𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐑𝐀𝐆
Latihan simulasi berskala penuh ini merupakan siri latihan ketiga yang dilaksanakan sebagai persediaan akhir sebelum menghadapi penilaian sebenar IER yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 25 September akan datang.
Hari pertama dimulakan dengan sesi taklimat bersama barisan mentor dari Australia yang dipengerusikan oleh Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA. Sesi ini bertujuan memperkukuh penyelarasan, pemahaman serta kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi proses penilaian yang bakal dilaksanakan.
Memasuki hari kedua, Pasukan MAS01 SMART NADMA memulakan Simulasi Penyelamatan Berskala Penuh selama 36 jam secara berterusan, yang dijadualkan berakhir pada jam 9.00 malam, 24 Jun 2026. Simulasi ini menyediakan ruang untuk menguji keupayaan operasi, koordinasi melalui sistem INSARAG, pengurusan logistik serta ketahanan anggota dalam melaksanakan misi pencarian dan penyelamatan mengikut piawaian antarabangsa.
Turut hadir meninjau pelaksanaan latihan ialah Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang meluangkan masa untuk melihat sendiri fasa mobilisasi serta keadaan di 𝘉𝘢𝘴𝘦 𝘰𝘧 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 (𝘉𝘰𝘖) Pasukan MAS01 SMART NADMA. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan dalam menghadapi penilaian serta misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
𝙎𝙏𝙍𝘼𝙏𝙀𝙂𝙄𝘾 𝘿𝙄𝙎𝘼𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙈𝙀𝙉𝙏 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝙋𝙊𝙉𝙎𝙀 𝙁𝙊𝙍 𝙈𝙄𝘿𝘿𝙇𝙀 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙍𝙎 | 𝟐𝟏-𝟐𝟕 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari 2: 22 Jun 2026
Sesi pembelajaran hari kedua memberi tumpuan kepada tadbir urus bencana, pengurangan risiko bencana, 𝘐𝘯𝘤𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 (𝘐𝘊𝘚) dan mekanisme penyelarasan operasi bencana di Malaysia. Peserta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan, penyelarasan dan keberkesanan tindak balas bencana.
***
𝘋𝘢𝘺 2: 22 𝘑𝘶𝘯𝘦 2026
𝘛𝘩𝘦 𝘴𝘦𝘤𝘰𝘯𝘥 𝘥𝘢𝘺 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘰𝘶𝘳𝘴𝘦 𝘧𝘰𝘤𝘶𝘴𝘦𝘥 𝘰𝘯 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘨𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘢𝘯𝘤𝘦, 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘳𝘪𝘴𝘬 𝘳𝘦𝘥𝘶𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘵𝘩𝘦 𝘐𝘯𝘤𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 (𝘐𝘊𝘚), 𝘢𝘯𝘥 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘤𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘮𝘦𝘤𝘩𝘢𝘯𝘪𝘴𝘮𝘴 𝘪𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢. 𝘗𝘢𝘳𝘵𝘪𝘤𝘪𝘱𝘢𝘯𝘵𝘴 𝘨𝘢𝘪𝘯𝘦𝘥 𝘢 𝘥𝘦𝘦𝘱𝘦𝘳 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢’𝘴 𝘢𝘱𝘱𝘳𝘰𝘢𝘤𝘩 𝘵𝘰 𝘴𝘵𝘳𝘦𝘯𝘨𝘵𝘩𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘳𝘦𝘱𝘢𝘳𝘦𝘥𝘯𝘦𝘴𝘴, 𝘤𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘢𝘯𝘥 𝘦𝘧𝘧𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘦.
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐔𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝟏𝟕 𝐃𝐈 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐔𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝟏𝟕 𝐃𝐈 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟐 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri telah menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB Kuala Kedah yang menyentuh bidang tugas dan tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melibatkan isu penambahbaikan Fasiliti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman.
Sesi ini telah diketuai oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim, bersama-sama Tuan Ir. Sulaiman Kamari, Pengarah STI NADMA, Encik Rusli Ibrahim, Pengarah SDP NADMA serta pegawai-pegawai kanan daripada NADMA dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝙆𝙐𝙍𝙎𝙐𝙎 𝙎𝙏𝙍𝘼𝙏𝙀𝙂𝙄𝘾 𝘿𝙄𝙎𝘼𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙈𝙀𝙉𝙏 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝙋𝙊𝙉𝙎𝙀 𝙁𝙊𝙍 𝙈𝙄𝘿𝘿𝙇𝙀 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙍𝙎
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝙆𝙐𝙍𝙎𝙐𝙎 𝙎𝙏𝙍𝘼𝙏𝙀𝙂𝙄𝘾 𝘿𝙄𝙎𝘼𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙈𝙀𝙉𝙏 𝘼𝙉𝘿 𝙍𝙀𝙎𝙋𝙊𝙉𝙎𝙀 𝙁𝙊𝙍 𝙈𝙄𝘿𝘿𝙇𝙀 𝙈𝘼𝙉𝘼𝙂𝙀𝙍𝙎 | 𝟐𝟏-𝟐𝟕 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
Hari 2: 22 Jun 2026
Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA hari ini telah hadir merasmikan Kursus Strategic Disaster Management and Response for Middle Managers yang diadakan di Hotel Fairfield, Kuala Lumpur. Dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada KLN atas sokongan berterusan melalui MTCP serta mengalu-alukan kehadiran peserta dari 19 negara. Beliau turut menggalakkan peserta memanfaatkan program ini sebagai platform untuk berkongsi pengalaman, memperkukuh jaringan profesional dan meningkatkan kerjasama dalam pengurusan bencana.
***
𝘋𝘢𝘺 2: 22 𝘑𝘶𝘯𝘦 2026
𝘛𝘩𝘦 𝘚𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘤 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘔𝘪𝘥𝘥𝘭𝘦 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘳𝘴 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 (𝘔𝘛𝘊𝘗) 𝘸𝘢𝘴 𝘰𝘧𝘧𝘪𝘤𝘪𝘢𝘭𝘭𝘺 𝘰𝘱𝘦𝘯𝘦𝘥 𝘵𝘰𝘥𝘢𝘺 𝘣𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘋𝘪𝘳𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳-𝘎𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘭 𝘰𝘧 𝘕𝘈𝘋𝘔𝘈, 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘰𝘳 𝘐𝘴𝘮𝘢𝘪𝘭 𝘔𝘦𝘰𝘳 𝘈𝘬𝘪𝘮.
𝘐𝘯 𝘩𝘪𝘴 𝘰𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘳𝘦𝘮𝘢𝘳𝘬𝘴, 𝘵𝘩𝘦 𝘋𝘎 𝘦𝘹𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴𝘦𝘥 𝘢𝘱𝘱𝘳𝘦𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦 𝘔𝘖𝘍𝘈 𝘧𝘰𝘳 𝘪𝘵𝘴 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘦𝘥 𝘴𝘶𝘱𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘵𝘩𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘔𝘛𝘊𝘗 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘦𝘭𝘤𝘰𝘮𝘦𝘥 𝘱𝘢𝘳𝘵𝘪𝘤𝘪𝘱𝘢𝘯𝘵𝘴 𝘧𝘳𝘰𝘮 19 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘳𝘪𝘦𝘴. 𝘏𝘦 𝘦𝘯𝘤𝘰𝘶𝘳𝘢𝘨𝘦𝘥 𝘱𝘢𝘳𝘵𝘪𝘤𝘪𝘱𝘢𝘯𝘵𝘴 𝘵𝘰 𝘮𝘢𝘬𝘦 𝘧𝘶𝘭𝘭 𝘶𝘴𝘦 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 𝘢𝘴 𝘢 𝘱𝘭𝘢𝘵𝘧𝘰𝘳𝘮 𝘧𝘰𝘳 𝘬𝘯𝘰𝘸𝘭𝘦𝘥𝘨𝘦 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨, 𝘱𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘯𝘦𝘵𝘸𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨, 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘵𝘳𝘦𝘯𝘨𝘵𝘩𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘰𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘯 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘮𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵.
