PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

Previous Next

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐–๐€๐Š๐€๐… ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐˜๐–๐Œ) ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐‘๐„๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐“ ๐ˆ๐๐…๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Š๐„ ๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ | ๐Ÿ– ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Nadzri Kamarulzaman bersama delegasi Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Sekretariat Infaq Nasional bertempat di Ibu Pejabat NADMA.
ย 
Antara perkara yang dibincangkan termasuk hasrat untuk menyumbangkan sejuta botol air minuman bersih bagi tujuan pengagihan kepada Sekretariat Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri di seluruh negara, selain cadangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
ย 
Kerjasama awam dgn pihak NGO ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas usaha kebajikan dan bantuan kemanusiaan serta memperkukuh kesiapsiagaan dan pengurusan bencana negara.
Previous Next

๐๐€๐ƒ๐Œ๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐Ž๐‹ ๐“๐„๐‚๐‡๐— ๐’๐”๐Œ๐Œ๐ˆ๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ๐Ÿ– โ€“ ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“Sand Expo and Convention Centre, Singapura
ย 
Seramai 4 orang delegasi dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diketuai oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) bersama-sama Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Mohd Hafiz Hairi Amerudin, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Teknikal & Infrastruktur telah menghadiri Milipol TechX Summit 2026 (MTX) yang berlangsung di Singapura, merupakan kerjasama antara Civipol (Perancis) dan Home Team Science and Technology Agency (HTX) Singapura.
ย 
MTX merupakan platform antarabangsa yang menghimpunkan pakar keselamatan awam, inovator teknologi, profesional industri serta penggubal dasar dari seluruh dunia bagi berkongsi idea dan meneroka penyelesaian teknologi terkini. Lebih 50 pempamer antarabangsa telah mempamerkan inovasi dalam bidang Sains, Robotik, Siber dan Pembangunan Teknologi.
ย 
Selain itu, Delegasi NADMA juga mengadakan lawatan teknikal ke ST Engineering, Singapura bagi meninjau teknologi terkini yang berpotensi diaplikasikan dalam pengurusan bencana di Malaysia selain turut mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, YBhg. Datoโ€™ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar.
ย 
Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADMA dalam memperkukuh keupayaan pengurusan bencana negara melalui adaptasi teknologi moden serta jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Previous Next

๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‹๐”๐‹๐”๐’ ๐“๐€๐๐ˆ๐’๐€๐ ๐†๐Ž / ๐๐Ž ๐†๐Ž ๐”๐๐“๐”๐Š ๐ˆ๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“MARKAS SMART , PULAU MERANTI
ย 
Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi selaku Ketua Pasukan ๐˜๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ-๐˜‰๐˜ข๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฅ ๐˜š๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต, pegawai SMART dan 2 pegawai K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghadiri Mesyuarat MAS01 Go/No Go secara atas talian bersama-sama 14 ๐˜Š๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด IER MAS01, wakil UNOCHA Rantau Asia Pasifik, pemerhati dari Jabatan Bomba New South Wales, Australia serta 2 Mentor MAS01 iaitu Mr. David Lewis dan Mr. Tim Hassiotis. INSARAG telah menetapkan senarai ๐˜Š๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด untuk MAS01 SMART IER 2026 adalah dari China, Rusia, Korea Selatan, Norway, Algeria, Australia, Singapura, Jordan, Turkiye dan Hong Kong.
ย 
Mesyuarat ini diadakan bagi proses penilaian lanjutan melibatkan pembentangan Pasukan SMART selepas para ๐˜Š๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด membuat penelitian literatur melalui dokumen Laporan ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜—๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ง๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฐ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜Œ๐˜ท๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ (๐˜Š๐˜—๐˜–๐˜Œ) yang telah dikemukakan kepada Sekretariat INSARAG pada Februari lalu.
ย 
Proses penilaian secara dalam talian ini adalah sangat penting dalam menentukan tahap kesediaan Pasukan SMART untuk menjalani IER pada September 2026 melalui keputusan GO or NO GO.
Supt. Safrizan Suhaini, wakil Pasukan SMART telah berjaya meyakinkan para penguji dan Sekretariat INSARAG melalui pembentangan yang dibuat mengenai status tindakan penambahbaikan dan pematuhan terhadap 12 senarai semak โ€˜kuningโ€™ yang diperoleh semasa IEC 2016 serta justifikasi Senarai Semak IER 1-6. Oleh itu, mesyuarat telah sebulat suara memutuskan โ€˜GOโ€™ kepada Pasukan MAS01 SMART untuk melalui proses IER dari 20 hingga 25 September 2026.
ย 
Tahniah kepada Pasukan MAS01 SMART!
ย 
Menjelang September, Pasukan SMART akan menjalani sesi simulasi penuh pre-IER bersama Mentor dari 21 hingga 27 Jun 2026, pengukuhan akhir semua komponen USAR (๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต, ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ช๐˜ค๐˜ด, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ, ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ & ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ) dan persediaan akhir untuk pengurusan dan logistik program bertaraf antarabangsa ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search