PUTRAJAYA: Malaysian rescue teams, working closely with Thai authorities, have evacuated 1,210 Malaysians from flood-hit Hat Yai and surrounding districts in southern Thailand, as heavy rain continues to impede operations.
In a statement, the Foreign Ministry said the Consulate General of Malaysia in Songkhla and the Embassy of Malaysia in Bangkok were closely monitoring the severe flooding, which remains a challenge as heavy rain continues on Wednesday.
"On Nov 25 (Tuesday) alone, 870 Malaysians were rescued with the combined assistance of Malaysian rescue teams and Thai authorities. This follows the 340 Malaysians rescued on Nov 24 (Monday), bringing the two-day total to 1,210," the statement read.
The Foreign Ministry assured that operations would continue until all registered Malaysians were safely evacuated. It also advised those in affected areas to remain indoors where possible, stay alert, and follow instructions from Thai authorities and rescue teams.
Priority is being given to those requiring urgent medical or welfare assistance.
A team from the Malaysian Embassy in Bangkok arrived in Hat Yai yesterday evening to reinforce the consulate general's on-ground operations. The teams are also working with Malaysian NGOs and the Royal Thai Army to deliver essential medicine, food, and clean water to those in critical need, with evacuations carried out whenever conditions permit.
The ministry strongly urged Malaysians who have not registered with the Consulate General in Songkhla or the Embassy in Bangkok to do so immediately to ensure timely assistance.
The ministry will continue to monitor developments and provide further updates as necessary.
For consular assistance, Malaysians may contact the Foreign Ministry's operations room in Putrajaya at +603-8887 4570 or via e-mail at This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. The Embassy of Malaysia in Bangkok can be reached at +66-87-028-4659 or +66-2340-5721, with e-mails sent to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Meanwhile, the Consulate General of Malaysia in Songkhla is contactable at +(6674) 316274 or +(6681) 9901930, with additional lines at +(6674) 324004 and 312353. E-mails may be directed to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
KUALA LUMPUR: Kelantan kekal mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan hampir 11,000 orang setakat malam tadi, manakala Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis turut merekodkan peningkatan ketara dan Pahang tidak berubah.
Di KELANTAN, mangsa banjir terus meningkat kepada 11,120 orang daripada 4,188 keluarga berbanding 10,578 orang daripada 4,016 keluarga petang tadi.
Berdasarkan laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 66 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
Laman web Infopublic Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi kekal melepasi tahap bahaya setakat 8.30 malam.
Seorang wanita warga emas, Siti Gayah Zakaria, 70, menjadi korban bencana itu selepas dihanyutkan air deras di Kampung Batu Lima, Jalan Jedok, Tanah Merah awal pagi semalam.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 5,424 orang daripada 1,686 keluarga berbanding 4,739 orang daripada 1,469 keluarga petang tadi yang berlindung di 44 PPS.
Lapan daerah terjejas ialah Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Muallim dan Batang Padang.
Manjung kekal jumlah mangsa tertinggi dengan 1,983 orang daripada 588 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.
Di KEDAH, angka penduduk dipindahkan ke PPS meningkat kepada 4,142 orang daripada 1,414 keluarga, berbanding 3,101 orang daripada 1,058 keluarga, petang semalam.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di 21 PPS.
Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 2,435 orang daripada 897 keluarga ditempatkan di 15 PPS manakala di Kota Setar, sebanyak 1,562 orang daripada 470 keluarga ditempatkan di lima PPS.
Di daerah Pokok Sena, sebanyak 145 orang daripada 47 keluarga ditempatkan di satu PPS yang baharu dibuka pagi tadi.
Di TERENGGANU, hujan berterusan sepanjang hari menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,233 orang daripada 1,050 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 2,525 orang daripada 800 keluarga pada 3 petang tadi.
Sebanyak 39 PPS dibuka yang menempatkan mangsa banjir di enam daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.
Di PERLIS, mangsa banjir semakin bertambah menjadi 6,627 orang setakat malam ini berbanding 6,370 orang pada sebelah petang tadi.
Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, semua mangsa banjir itu ditempatkan di 21 PPS bagi kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar setakat 8 malam ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir kekal 19 orang daripada lapan keluarga dengan kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang, Lipis. – BERNAMA
Kerajaan tingkatkan usaha menyelamat rakyat Malaysia terperangkap banjir di Hat Yai
- Admin UKK
- Berita
PUTRAJAYA: Pasukan penyelamat Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa Thailand menyelamatkan 1,210 rakyat Malaysia di Hat Yai dan daerah berhampiran yang dilanda banjir di selatan Thailand, ketika hujan lebat terus menjejaskan operasi.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang memantau dengan rapi keadaan banjir yang teruk, memandangkan situasi masih membimbangkan susulan hujan lebat yang berterusan hari ini.
Kementerian itu berkata, usaha menyelamat secara bersepadu menunjukkan perkembangan positif walaupun berdepan keadaan mencabar.
"Pada 25 November (Selasa) saja, seramai 870 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan dengan bantuan gabungan pasukan penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa Thailand.
"Ini susulan 340 rakyat Malaysia yang diselamatkan pada 24 Nov (Isnin), menjadikan jumlah dua hari 1,210 orang," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar memberi jaminan operasi akan diteruskan sehingga semua rakyat Malaysia yang berdaftar dipindahkan dengan selamat.
Kementerian itu turut menasihatkan individu di kawasan terjejas supaya berada di dalam rumah jika boleh, sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa Thailand serta pasukan penyelamat.
Jumlah rakyat Malaysia yang terkandas semakin berkurangan, namun, ribuan penduduk, termasuk warga Malaysia, masih tidak dapat meninggalkan Hat Yai akibat paras air yang tinggi dan arus deras.
Sehubungan itu, katanya keutamaan diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan perubatan atau kebajikan segera.
Katanya, pasukan dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok telah tiba di Hat Yai semalam bagi memperkukuh operasi di lapangan yang dikendalikan oleh Konsulat Jeneral.
Pasukan berkenaan turut bekerjasama dengan NGO Malaysia dan Tentera Diraja Thailand bagi menyalurkan bekalan ubat-ubatan penting, makanan dan air bersih kepada rakyat Malaysia yang sangat memerlukan, di samping melaksanakan pemindahan apabila keadaan mengizinkan.
Bagi meningkatkan mobiliti dan mencapai lebih banyak kawasan terjejas, kementerian berkata, 22 jet ski daripada Pasukan Bomba Sukarelawan telah tiba di Hat Yai hari ini.
Kementerian Luar turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral di Songkhla atau Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok supaya berbuat demikian segera bagi memastikan bantuan dapat disalurkan tepat pada masanya.
Kementerian itu akan terus memantau perkembangan dan mengeluarkan makluman lanjut jika perlu.
Untuk bantuan konsulat, rakyat Malaysia boleh menghubungi bilik gerakan Kementerian Luar di Putrajaya di talian +603-8887 4570 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok boleh dihubungi di talian +66-87-028-4659 atau +66-2340-5721, atau melalui e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Selain itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla boleh dihubungi di talian +(6674) 316274 atau +(6681) 9901930, dengan talian tambahan di +(6674) 324004 dan 312353 atau melalui e-mel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
Kota Bharu: Dua sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya, dua sungai paras amaran dan lima sungai paras waspada sehingga pagi ini
Berdasarkan Public Info Banjir, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang melepasi paras bahaya masing-masing dengan bacaan 10.04 meter (m) dan 59.83 m.
Sungai yang melepasi paras amaran ialah Sungai Sokor di Kampung Sokor, dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Sementara itu, lima sungai melepasi paras waspada adalah Sungai Lebir di Kampung Tualang, Sungai di Kampung Pulau Lima, Sungai di Tok Bali, Sungai Golok di Kampung Jenob dan Sungai Kusial di Kusial Baru.
Banjir: Kelantan kekal paling terjejas, Perak, Kedah dan Terengganu rekod lonjakan mangsa
- Admin UKK
- Berita
Kuala Lumpur: Kelantan kekal mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan lebih 11,000 orang setakat malam ini, manakala Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis turut merekodkan peningkatan ketara dan Pahang tidak berubah.
Di KELANTAN, mangsa banjir terus meningkat kepada 11,120 orang daripada 4,188 keluarga berbanding 10,578 orang daripada 4,016 keluarga petang tadi.
Berdasarkan laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 66 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
Laman web Infopublic Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi kekal melepasi tahap bahaya setakat 8.30 malam.
Seorang wanita warga emas, Siti Gayah Zakaria, 70, menjadi korban bencana itu selepas dihanyutkan air deras di Kampung Batu Lima, Jalan Jedok, Tanah Merah awal pagi tadi.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 5,424 orang daripada 1,686 keluarga berbanding 4,739 orang daripada 1,469 keluarga petang tadi yang berlindung di 44 PPS.
Lapan daerah terjejas ialah Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Muallim dan Batang Padang.
Manjung kekal jumlah mangsa tertinggi dengan 1,983 orang daripada 588 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak.
Di KEDAH, angka penduduk dipindahkan ke PPS meningkat kepada 4,142 orang daripada 1,414 keluarga, berbanding 3,101 orang daripada 1,058 keluarga, petang tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di 21 PPS.
Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 2,435 orang daripada 897 keluarga ditempatkan di 15 PPS manakala di Kota Setar, sebanyak 1,562 orang daripada 470 keluarga ditempatkan di lima PPS.
Di daerah Pokok Sena, sebanyak 145 orang daripada 47 keluarga ditempatkan di satu PPS yang baharu dibuka pagi tadi.
Di TERENGGANU, hujan berterusan sepanjang hari menyebabkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,233 orang daripada 1,050 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 2,525 orang daripada 800 keluarga pada 3 petang tadi.
Sebanyak 39 PPS dibuka yang menempatkan mangsa banjir di enam daerah iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.
Di PERLIS, mangsa banjir semakin bertambah menjadi 6,627 orang setakat malam ini berbanding 6,370 orang pada sebelah petang tadi.
Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di 21 PPS bagi kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar setakat 8 malam ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir kekal 19 orang daripada lapan keluarga dengan kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang, Lipis.
