OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Pahang: 3,575 mangsa pindah, PPS bertambah 37 buah

Banjir Pahang: 3,575 mangsa pindah, PPS bertambah 37 buah

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa terjejas meningkat kepada 3,575 orang melibatkan 1,123 keluarga setakat pukul 4 petang ini. 

Menurut laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, empat daerah terjejas iaitu Kuantan, Maran, Rompin dan Pekan yang menyaksikan pembukaan 37 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 20 PPS dibuka, melibatkan 848 keluarga dan 2,694 mangsa. Maran pula mempunyai sembilan PPS dengan 136 keluarga dan 392 mangsa, diikuti Rompin (enam PPS, 85 keluarga, 293 mangsa) dan Pekan (dua PPS, 54 keluarga, 196 mangsa).

Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Berbanding laporan terdahulu, jumlah keluarga terjejas meningkat daripada 804 kepada 1,123, manakala bilangan mangsa melonjak daripada 2,559 kepada 3,575 orang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang terus memantau keadaan semasa dan menyeru orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengutamakan keselamatan. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search