𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐌𝐲𝐈𝐁𝐅 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 𝐌𝐲𝐈𝐁𝐅 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐌𝐏𝐀𝐊
PUTRAJAYA, 28 September 2026 – Keupayaan negara dalam memperkukuh ramalan dan amaran banjir berasaskan impak terus diperkasa menerusi pembangunan 𝘐𝘮𝘱𝘢𝘤𝘵-𝘉𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘍𝘭𝘰𝘰𝘥 𝘍𝘰𝘳𝘦𝘤𝘢𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 (MyIBF) di bawah Program Perekayasaan Jangka Panjang Ramalan dan Amaran Banjir (PPJPRAB). Latihan Eksekutif anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia itu memberi tumpuan kepada usaha menterjemahkan maklumat risiko banjir kepada tindakan awal yang lebih tepat dan berkesan.
Latihan berkenaan turut disertai delegasi NADMA yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Saiful Yazan Alwi, bersama Pengarah National Disaster Command Centre (NDCC), Tuan Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin serta wakil Seksyen Struktur dan Teknologi Infrastruktur (STI). Pembangunan MyIBF ini menyokong usaha memperkukuh penyelarasan antara agensi serta meningkatkan kesiapsiagaan dan pengurusan risiko banjir negara.
