OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian – KPPA

PUTRAJAYA, 24 Jan: Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.

Tujuh bidang itu merangkumi kecerdasan buatan, transformasi digital, keselamatan siber, peralihan tenaga, keterjaminan dan teknologi makanan, persempadanan negara serta pengurusan bencana yang menjadi fokus Kerajaan MADANI seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA-19) pada tahun lepas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata 28 kementerian terbabit diberi kelonggaran mengenal pasti pegawai yang perlu diberikan latihan dan bidang yang harus dikembangkan dalam kementerian masing-masing.

“JPA salurkan kepada 28 kementerian kerana mereka lebih mengetahui apa bidang diperlukan di kementerian masing-masing berdasarkan tujuh bidang tujahan baharu. Cadangan itu perlu dikemukakan kepada JPA untuk penilaian agar tidak lari daripada hasrat sebenar,” katanya dalam sesi temu bual di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata sebagai contoh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan bidang teknologi makanan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bidang pengurusan bencana dan Kementerian Digital (KD) bidang transformasi digital.

“Menjadi hasrat kerajaan agar kemahiran dan pengetahuan pegawai awam setanding dengan konsultan luar bagi mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada kepakaran luar sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata JPA yakin pasukan perkhidmatan awam bergerak ke arah yang dihasratkan kerajaan dengan pendedahan lebih intensif untuk penjawat awam.

Beliau berkata sejak tahun lepas, JPA melalui program Accelerated Course for Competency Excellence (ACE) atau kini dikenali Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ), telah menghantar 88 pegawai awam mengikuti latihan selama enam bulan di empat negara iaitu United Kingdom, Australia, India dan China.

Beliau berkata para pegawai yang mengikuti program itu akan kembali ke Malaysia untuk menjadi tenaga pengajar pula yang akan menghasilkan ‘snowball effect’ kepada perkhidmatan awam.

“JPA mempunyai perancangan agar pegawai-pegawai ‘project paper’ mendapat pengiktirafan daripada tempat mereka belajar untuk ‘present’ dan mengumpulkan pegawai daripada setiap kementerian mendengar idea yang boleh dibawa ke kementerian lain (bagi penambahbaikan),” katanya.

Beliau berkata bagi tahun ini, JPA akan meneruskan lagi program itu dengan menyediakan 140 slot peserta dengan beberapa penambahbaikan termasuk mengadakan program latihan secara hibrid agar lebih ramai pegawai mendapat peluang.

Selain itu, JPA melalui 15 program penajaan di Bawah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang lain termasuk Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Program HLP Separa Biasiswa secara dalaman dan lain-lain akan terus memfokuskan bidang pengajian yang diperlukan negara.

Wan Ahmad Dahlan berkata Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang juga di bawah seliaan JPA turut menawarkan kursus latihan dalam tujuh bidang tujahan baharu kepada penjawat awam.

“Untuk tujuh bidang tujahan baharu, kumpulan pelaksana perlu tahu agar ada satu kesinambungan. Saya mahu ada ‘frame of reference’ sama antara pegawai pelaksana dan pengurusan tertinggi,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 41 kursus berkaitan tujuh bidang tujahan baharu telah dilaksanakan pada 2024 dengan penyertaan sebanyak 112,657 peserta daripada pelbagai peringkat. – TVS

 

28 kementerian terima peruntukan tambahan RM56 juta latih pegawai 7 bidang tujahan baharu

PUTRAJAYA: Sebanyak RM56 juta peruntukan tambahan akan disalurkan kepada 28 kementerian dalam tempoh terdekat bagi melatih penjawat awam menerusi tujuh bidang tujahan baharu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata bidang itu membabitkan kecerdasan buatan (AI), transformasi digital, keselamatan siber, peralihan tenaga, keterjaminan dan teknologi makanan, persempadanan negara serta pengurusan bencana.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada 28 kementerian berkenaan untuk mengenal pasti pegawai berpotensi bagi menjalani latihan bidang yang perlu dikembangkan di tempat masing-masing.

"Kita akan salurkan peruntukan ini kerana kita berpandangan, kementerian lebih mengetahui apa bidang yang mereka perlukan di kementerian masing-masing, berdasarkan tujuh bidang tujahan ini.

"Kementerian kena pastikan pegawai yang ada potensi untuk pergi lebih jauh dan bidang apa yang mereka nak lengkapkan di kementerian mereka," katanya pada sesi temubual bersama Berita Harian dan Bernama di sini, hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, biarpun kelonggaran diberikan, kementerian perlu mengemukakan cadangan berhubung pegawai dan bidang tujahan yang dipilih kepada JPA terlebih dahulu.

 Katanya, JPA tidak mahu sebarang usaha yang hendak dilaksanakan, tersasar daripada hasrat sebenar diinginkan kerajaan.

"Kadang-kadang kementerian ada keutamaan mereka sendiri. Jadi saya tak nak nanti, peruntukan yang bukan banyak sangat apabila kita bahagikan ini, tidak digunakan ke tempat yang sepatutnya.

"Kita nak memperkasakan tujuh bidang tujahan. Sebab kalau kita bercerita mengenai kawalan sempadan (sebagai contoh), ia akan membabitkan KDN (Kementerian Dalam Negeri), MKN (Majlis Keselamatan Negara), Kementerian Pengangkutan.

"Jadi keutamaan kita, memberi kelonggaran kepada kementerian untuk mereka kenal pasti bidang yang bagaimana perlu mereka perkasa lagi ilmu pengetahuan untuk pegawai mereka," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, kerajaan akan meneruskan inisiatif menghantar pegawai mendapatkan latihan lanjut di luar negara menerusi Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan.

Katanya, untuk tahun ini terdapat 140 tempat disediakan untuk penjawat awam menjalani latihan bagi meningkatkan lagi ilmu dan kepakaran mereka.

"Tahun lalu kita sudah menghantar 88 penjawat awam mengikut latihan di empat negara membabitkan United Kingdom (UK), Australia, China dan India selama enam bulan.

"Sebagai contoh, pegawai yang mengikuti latihan di UK membabitkan pengurusan bencana, fokus kepada asid deoksiribonukleik (DNA) sebab kalau berlaku bencana, kita ambil contoh tragedi Highland Towers, ada mangsa yang tidak sempurna.

"Jadi kita hantar pegawai bagaimana menguruskan isu yang berkaitan dengan mengenal pasti mangsa ini. Apa langkah yang mereka perlu ikuti dan sebagainya," katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, pegawai yang selesai menjalani latihan itu kemudian akan pulang ke tanah air dan berkongsi ilmu pengetahuan yang mereka peroleh.

"Seperti saya katakan, saya mempunyai perancangan. Mereka yang kertas projeknya mendapat pengiktirafan daripada tempat mereka belajar, mereka perlu bentangkan.

"Kita akan kumpul pegawai daripada setiap kementerian untuk mendengar. Seperti yang saya kata, mungkin tidak berkaitan dengan kementerian berkenaan tapi apa yang kita nak dedahkan adalah idea, pemikiran yang mungkin boleh dibawa ke kementerian lain," katanya.

 

MetMalaysia warns of thunderstorms in multiple states until 9pm on Jan 24

PETALING JAYA: The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) is warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in most parts of the country until 9pm on Friday (Jan 24).

In a statement, MetMalaysia said the states affected are Perlis; Kedah; Penang; Perak; Kelantan; Terengganu (Besut, Setiu and Hulu Terengganu); Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera and Rompin); Selangor, the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya; Negri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah and Jempol); and Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi and Johor Baru).

In Sarawak, the areas affected are Kuching; Samarahan (Samarahan and Asajaya); Sarikei (Julau and Meradong); Sibu (Sibu and Kanowit); Mukah (Daro and Matu); Miri and Limbang.

In Sabah, adverse weather is expected in the Interior (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort and Tambunan); West Coast; Sandakan (Tongod and Beluran) and Kudat as well as the Federal Territory of Labuan.

 

Trump pledges to work with California's Newsom, eyes FEMA overhaul

LOS ANGELES (Reuters) -U.S. President Donald Trump said on Friday he would work with California Governor Gavin Newsom to respond to the Los Angeles fires after earlier floating doing away with the Federal Emergency Management Agency.

"We're looking to get something completed. And the way you get it completed is to work together to govern the state, and we're going to get it completed. They're going to need a lot of federal help," Trump told reporters after Newsom met him on the tarmac when Air Force One landed in Los Angeles.

Trump has sharply criticized California's response to the wildfires, which have caused widespread destruction this month. Three massive blazes still threaten the region.

Newsom, a Democrat who has had a tense relationship with the Republican leader, told Trump that California would need his support.

 

Trump was on his first trip since reclaiming the presidency on Monday. Earlier, in North Carolina to tour areas devastated by September's Hurricane Helene, the president vowed to sign an executive order to overhaul or eliminate FEMA, the main federal agency that responds to natural disasters. He said he preferred that states be given federal money to handle disasters themselves.

Trump accused FEMA of bungling emergency relief efforts in North Carolina.

"FEMA has turned out to be a disaster," he said during a tour of a neighborhood destroyed by Helene, where trees were downed and homes had boarded-up windows. "I think we recommend that FEMA go away."

Trump's antipathy toward FEMA is in line with his dissatisfaction with California's response to the fires. Trump has accused Newsom and Los Angeles Mayor Karen Bass of "gross incompetence" and Republican colleagues in Congress have threatened to withhold disaster aid.

Trump has also threatened to withhold aid to California and repeated in North Carolina a false claim that Newsom and other officials refused to provide water from the northern part of the state to fight the fires.

Water shortages caused some hydrants to run dry in affluent Pacific Palisades, hindering the early response. When the fires broke out, one of the reservoirs that could have supplied more water to the area was empty for a year. Officials have promised an investigation into why it was dry.

Bass and fire officials have said the hydrants were not designed to deal with such a massive disaster, and stressed the unprecedented nature of the fires.

FEMA SHUTDOWN?

Experts doubt that Trump alone can shut down FEMA.

Rob Verchick, a former Obama administration official at the Environmental Protection Agency and now a professor at Loyola University New Orleans College of Law, said eliminating FEMA most likely requires Congressional action.

He said FEMA was created by former President Jimmy Carter by executive order but has been assigned roles and funding by Congress for the country's emergency response programs.

FEMA brings in emergency personnel, supplies and equipment to help areas begin to recover from natural disasters. Funding for the agency has soared in recent years as extreme weather events have increased the demand for its services.

The agency has 10 regional offices and employs more than 20,000 people across the country.

FEMA was a target of Project 2025, a conservative blueprint for Trump's second term prepared by his allies that the president distanced himself from during the election. The plan called for dismantling the Department of Homeland Security and relocating FEMA to the Department of Interior or the Department of Transportation.

In addition, it suggested changing the formula that the agency uses to determine when federal disaster assistance is warranted, shifting the costs of preventing and responding to disasters to states.

Trump complained that his predecessor Joe Biden did not do enough to help western North Carolina recover from Helene, an accusation the Biden administration rejected as misinformation.

In an X post on Friday, Democratic U.S. Representative Deborah Ross of North Carolina said FEMA had been a crucial partner in the state's recovery from the hurricane.

"I appreciate President Trump's concern about Western NC, but eliminating FEMA would be a disaster for our state," she said.

The trip to North Carolina and California culminates a week during which Trump moved with stunning speed to meet campaign promises on illegal immigration, the size of the federal workforce, energy and the environment, gender and diversity policies, and pardons for supporters jailed for the Jan. 6, 2021, attack on the U.S. Capitol.

(Reporting by Nandita Bose, Steve Holland and Andy Sullivan; Additional reporting by Jarrett Renshaw, Andrea Shalal, Tom Hals and Susan Heavey; Editing by Colleen Jenkins, Alistair Bell and Rosalba O'Brien)

 

Lebih 10,000 ekar kawasan hangus dalam kebakaran baharu di Los Angeles

LOS ANGELES – Kebakaran yang merebak pantas di Los Angeles dan telah membakar lebih 10,000 ekar (40 kilometer persegi) menjelang malam Rabu, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California ( Cal Fire).

Kebakaran, yang digelar Hughes Fire, berlaku sekitar jam 11:00 pagi waktu tempatan di kawasan Jalan Tasik Hughes berhampiran Tasik Castaic, kira-kira 80 kilometer (km) barat laut pusat bandar Los Angeles.

Api dengan cepat merebak lebih 8,000 ekar (32 km persegi) dalam masa kurang daripada 6 jam, dan telah melintasi garisan daerah ke Venture County yang berdekatan.

Setakat malam Rabu, kebakaran itu berjaya dikawal sebanyak 14 peratus, menurut Cal Fire dan tiada struktur dilaporkan rosak atau musnah, Ketua Jabatan Bomba Daerah Los Angeles Anthony Marrone memberitahu taklimat akhbar petang Rabu.

Kira-kira 31,000 penduduk di kawasan itu berada di bawah arahan pemindahan, manakala 23,000 berada di bawah amaran pemindahan.

“Kami mempunyai lebih 4,000 anggota bomba yang ditugaskan untuk kejadian itu. Keadaan kekal dinamik dan api kekal sebagai api yang sukar dikawal, walaupun kita semakin berjaya,” kata Marrone.

Pelajar dari sekolah menengah dan rendah dalam komuniti Castaic telah dipindahkan pada petang Rabu, dan Kompleks Sukan Wilayah Castaic juga berada di bawah perintah pemindahan mandatori, yang digunakan oleh anggota bomba sebagai pos arahan.

Pusat Tahanan Pitchess di Castaic memindahkan 476 banduan ke Fasiliti Koreksi Daerah Utara yang berdekatan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Los Angeles memberi amaran pada petang Rabu bahawa angin kencang dijangka berterusan di California Selatan sepanjang tengah hari dan semalaman, seterusnya menghalang usaha memadam kebakaran terhadap kebakaran hutan yang marak di rantau itu.

Los Angeles County telah dilanda kebakaran yang dahsyat bulan ini.

Kebakaran Palisades dan Eaton, yang terbesar di daerah paling ramai penduduk di Amerika Syarikat, telah membunuh 28 orang, mencetuskan banyak pemindahan mandatori, dan memusnahkan beribu-ribu struktur. – Agensi

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search