OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Komponen tangki air rosak punca limpahan air di Menara Kinabalu

Komponen tangki air rosak punca limpahan air di Menara Kinabalu

KOTA KINABALU: Kerosakan pada komponon ‘Float Valve’ tangki air simpanan sistem pencegah kebakaran menjadi punca berlakunya insiden limpahan air di Menara Kinabalu semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Philemon Lajawai, keadaan itu mengakibatkan aras 11 di Blok A dibanjiri takungan air dalam kejadian jam 12.25 tengah hari.

“Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan pada 11.30 malam Rabu (30 April),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, keadaan takungan air bertambah buruk apabila pihak syarikat pengurusan fasiliti dikatakan lewat melakukan penutupan pam air.

Situasi itu telah menyebabkan takungan air turut melimpah bermula dari aras 11 hingga 7.

Kegagalan komponen tersebut menyebabkan kira-kira 34,000 liter air telah dipam secara berterusan dalam tempoh 45 minit.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan bagi mengurangkan risiko kerosakan pada sistem lif, sistem pengoperasian lif (lapan lif) telah ditutup serta-merta semasa kejadian.

“Operasi satu lif petugas telah disahkan selamat pada 6 petang semalam, manakala satu lif kargo tidak terkesan insiden dan masih berfungsi seperti biasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah akan melakukan penelitian secara terperinci berhubung insiden itu termasuk faktor kecuaian bagi mengelakkan insiden sama tidak berulang.

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search