KUCHING, 24 Jan: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni menerima kunjungan hormat daripada lima wakil Save the Earth from A to Z’ (ASEZ) di pejabatnya semalam.
Dr Hazland dalam satu kenyataan berkata, organisasi sukarelawan antarabangsa itu berada di bandar raya ini untuk berkongsi rasa cinta terhadap alam semula jadi dengan komuniti jiran terutamanya mereka yang terkesan oleh bencana dan kesulitan hidup serta pelbagai cabaran lain.
“Melalui pelbagai inisiatif, ASEZ berhasrat untuk menyumbang dan melindungi alam sekitar global serta meningkatkan kebajikan manusia,” katanya.
Aktiviti utama yang dilakukan oleh ASEZ termasuklah pencegahan jenayah dengan menjadikan dunia yang lebih selamat dan aktiviti tindak balas perubahan iklim untuk membina masa depan yang mampan.
“Kerja sukarelawan perkhidmatan berasaskan komuniti ASEZ menggalakkan masyarakat inklusif dan bantuan bencana, memberikan bantuan kepada komuniti yang berdaya tahan dan berkembang maju.
“Aktiviti terkini yang melibatkan pertubuhan itu di Malaysia ialah aktiviti pencegahan jenayah di Kuala Lumpur,” ujarnya.
Pada 20 Ogos 2023, 135 ahli ASEZ mengambil bahagian dalam pembersihan jalan berskala besar di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada projek kurangkan jenayah bersama.
“Inisiatif ini menekankan kerjasama komuniti untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan bersih menandakan sebahagian besar usaha pencegahan jenayah ASEZ.
“Aktiviti itu mendapat sokongan bersemangat daripada penduduk tempatan, menunjukkan kuasa transformatif inisiatif yang dipimpin oleh belia,” jelasnya.
Selain itu, ASEZ turut menjalankan kempen ‘ASEZ Blue Carbon’ di Westlake Park di Selangor pada 5 Mei 2024 yang bertujuan untuk menyerlahkan kepentingan pemuliharaan ekosistem marin dan peranan karbon biru dalam mengurangkan perubahan iklim.
Anggota ASEZ bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk membersihkan taman dan meningkatkan kesedaran tentang keperluan perlindungan alam sekitar, kata kenyataan itu.
Tambahan pula, inisiatif Zero Plastic 2040 ialah kempen global ASEZ yang sejajar dengan matlamat masyarakat antarabangsa untuk menghapuskan pencemaran plastik menjelang 2040.
Dipimpin oleh sukarelawan pelajar universiti di 175 negara, ASEZ kini memacu penyelesaian radikal dan mampan untuk menangani krisis plastik global, memfokuskan kepada kampus dan komuniti di seluruh dunia.
“Dengan menekankan kedua-dua tindakan individu dan perkongsian global, inisiatif ini bertujuan untuk membina dunia yang bebas daripada pencemaran plastik menjelang 2040, membuka jalan untuk masa depan yang lebih sihat dan mampan.
“Melalui inisiatif ini, ASEZ terus menerajui dalam menangani pencemaran plastik dan membina masa depan yang mampan untuk generasi akan datang,” katanya. -TVS
THE monsoon drain on Jalan Keliling in Canning Garden, Ipoh in Perak, will be upgraded to prevent flash floods.
Canning assemblyman Jenny Choy said the drain had contributed to frequent flooding on Jalan Edward Moreila.
“To address this, Ipoh City Council (MBI) and I applied to the Housing and Local Government Ministry for an upgrading project.
“The application, with an estimated cost of RM200,000 has been approved,” she told reporters after visiting the site.
Choy said upgrading works would require that part of Jalan Keliling to be closed.
She said among the measures that would be taken were replacing the existing drain with a larger one, and changing a 25m-long underground “crossing” route.
“The upgrading works are scheduled to start on Feb 3, and be completed by March 4.
“Any inconvenience the nearby residents will face during the implementation period is regretted.
“However, I am confident that with the completion of this project, flash floods in the area can be overcome or reduced significantly,” she added.
ROMPIN: Seorang warga emas tidak mampu menahan air mata melihat dinding rumahnya merekah sebelum runtuh dibadai ombak di depan mata.
Hamdan Mohid, 60, berkata lantai rumahnya turut pecah dihempas ombak tanpa henti.
"Saya kerugian RM40,000 akibat kerosakan rumah dan harta benda lain," katanya di sini, kelmarin.
Kediamannya di Kampung Jawa, dekat sini antara tiga rumah yang rosak akibat fenomena air pasang besar dan angin kencang minggu lalu berikutan Monsun Timur Laut (MTL).
Hamdan berkata, air pasang besar dan angin kencang selama tiga hari memusnahkan rumahnya dan menumbangkan 10 pokok kelapa di kawasan itu.
Katanya, fenomena air pasang besar berlaku hampir setiap tahun namun kali ini lebih besar dan luar biasa.
"Mungkin sebab angin kuat berterusan dan ombak juga kuat selama beberapa hari.
"Air pasang besar dan ombak besar mula melanda jam 9 malam, kira-kira sejam kemudian air laut sampai ke rumah.
"Tiga jam selepas itu, rumah saya runtuh dipukul ombak.
"Melihat ombak semakin kuat dan paras air laut luar biasa, saya bawa keluarga meninggalkan rumah untuk menyelamatkan diri.
Beliau menetap di Kampung Jawa sejak 15 tahun lalu manakala rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari pantai.
Setiap tahun, jarak rumahnya semakin hampir dengan pantai kerana hakisan.
Air pasang besar dan ombak kuat turut memusnahkan jalan tar di hadapan rumah.
Hamdan dan keluarganya kini menyewa rumah penduduk kampung buat sementara.
"Dengan pendapatan tidak seberapa kerja kampung, saya tidak pasti sampai bila boleh menyewa rumah dengan kadar RM500 sebulan," katanya.
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca buruk di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh kawasan Labuan dan Pulau Pinang.
“Di Perak, kawasan berisiko adalah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.
“Sementara itu, di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” kata MetMalaysia.
Jelas kenyataan itu, cuaca buruk petang ini turut berlaku di Terengganu merangkumi kawasan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan serta Rompin.
Kata MetMalaysia, bagi negeri Johor pula, hujan lebat berserta ribut petir dilihat tertumpu sekitar Segamat, Kluang dan Mersing serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak).
“Hujan lebat turut melanda Jempol, Negeri Sembilan. Selain itu di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang serta beberapa bahagian negeri Sabah (Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE
Ireland, Scotland on 'destructive' storm alertLONDON: Ireland and Scotland were on high alert for a violent storm set to hit them on Friday, with schools ordered to close and trains cancelled. Forecasters warned wind speeds could top 130 kilometres (80 m
- Admin UKK
- Berita
LONDON: Ireland and Scotland were on high alert for a violent storm set to hit them on Friday, with schools ordered to close and trains cancelled.
Forecasters warned wind speeds could top 130 kilometres (80 miles) an hour when Storm Eowyn hits from the Atlantic, with lashing rain and snow in places.
"It is going to be a damaging, dangerous and destructive weather event," said the chair of Ireland's National Emergency Co-ordination Group, Keith Leonard.
He warned of power outages and told people to stay indoors.
Britain was placed on general alert, with UK-governed Northern Ireland and parts of Scotland under the top-level red warning.
A government spokesman said 4.5 million people in at-risk areas would receive telephone alerts.
Ireland's meteorological office also issued a red alert for the republic.
Jennifer Gilna from Ireland's National Transport Authority said public transport would not operate during the red alerts.
Authorities in Scotland and Northern Ireland said trains and buses would be halted and schools closed.
Britain's environment agency warned of flooding in southern and central England over the coming days.
Scientists say climate change caused by humans burning fossil fuels is making storms more severe, super-charged by warmer oceans. - AFP