JELEBU - Seorang warga emas terselamat selepas tersedar daripada tidur gara-gara terhidu bau lumpur dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sepri di sini pada Rabu.
Detik cemas selama 30 minit itu dikongsikan Zaidah Zainal, 72, yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) D'Sury Kuala Klawang.
Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri di rumah sebelum terjaga daripada tidur pada jam 3 pagi dan terhidu bau lumpur.
"Ketika hendak turun dari katil, saya terkejut apabila air sudah mencecah paras pinggang lalu bergegas menyelamatkan beberapa dokumen penting dan ubat-ubatan.
"Air masuk ke dalam rumah sangat laju sehingga mencecah paras dada menyebabkan saya berpaut pada sofa sebelum diselamatkan penduduk kampung tidak lama selepas itu," katanya yang memaklumkan ia merupakan kejadian banjir kedua dialami selepas kali pertama pada 2021.
Sementara itu kakitangan awam, Rahmat Abd Rahman, 54, dari Taman Bandar Tinggi berkata, dia bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
"Semasa kejadian anggaran jam 2 pagi yang mana rumah saya dengan beberapa kediaman penduduk di taman ini terjejas, air dan lumpur memasuki rumah sehingga paras lutut," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, sebuah PPS dibuka di Jelebu pada jam 3 pagi bagi menempatkan 51 mangsa daripada 11 keluarga terjejas akibat banjir kilat.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim, mereka terdiri daripada sembilan warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak serta dua bayi dari Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi.
Katanya, hujan lebat sejak 10 malam Selasa mengakibatkan banjir kilat di kawasan terlibat dengan ada rumah dinaiki air hingga paras pinggang.
Operasi menyelamatkan mangsa banjir melibatkan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam, bomba (10), polis (tiga), Jabatan Kebajikan Masyarakat (lima) dan wakil Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (dua).
PENDUDUK di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam menuntut masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan berkenaan dapat diselesaikan dengan kadar segera berikutan perkara itu sudah berlarutan sejak sekian lama.
Manakan tidak, setiap kali hujan lebat dalam tempoh beberapa jam sahaja sudah cukup membuatkan penduduk resah dan 'tidak senang duduk' susulan paras air yang akan meningkat dengan mendadak.
Lebih menyedihkan apabila mereka terpaksa menanggung kerugian besar sama ada kenderaan terkandas, barangan hanyut atau rosak dan sebagainya.
Menerusi Apa Khabar Rakyat, wartawan Sinar Harian, SITI AISYAH MOHAMAD menyingkap permasalahan dialami penduduk di kawasan berkenaan.
Seorang pekerja swasta, Abdul Rahman Shahlan, 45, mendakwa terpaksa mengambil keputusan merobohkan rumah lama dan membina kediaman baharu kerana sudah 'penat' berhadapan perkara sama setiap kali hujan lebat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai jalan penyelesaian kerana buntu memikirkan masalah tersebut sejak beberapa dekad lalu.
“Sebenarnya, saya sudah habis idea kerana banjir semakin teruk. Kalau dahulu, kawasan kami tinggal tak banyak rumah kerana tanah gambut tetapi berbeza dengan sekarang.
“Jadi, apabila hujan lebat, tanah sudah tidak boleh serap air dengan cepat dan akhirnya mengalir ke kawasan lebih rendah.
“Saya terpaksa roboh dan bina semula rumah dengan tiang tinggi yang menelan kos kira-kira RM150,000. Cara orang lain mungkin akan timbus tanah lagi untuk meninggikan kawasan tetapi bagi saya, ia tetap tidak menyelesaikan masalah,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Nornajwah Ahmadan, 37, berkata selain penempatan rendah, sistem perparitan tidak sistematik menjadi penyumbang masalah banjir kilat di kawasan terbabit.
Menurut Nornajwah yang juga seorang guru, ketiadaan sistem perparitan menyebabkan air tidak dapat mengalir ke parit utama.
“Pada Januari lalu, penduduk di Lorong Ikhsan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), ketua kampung serta wakil rakyat membaiki saluran parit tersumbat.
“Alhamdulillah, selepas sebulan sistem saliran ini dibaiki, saya melihat perubahan aliran air hujan semakin baik.
“Sebelum ini, banjir kilat menyebabkan air naik dengan cepat sehingga paras lutut menyebabkan penduduk menanggung kerugian yang banyak kerana tidak sempat menyelamatkan barangan seperti perabot, kenderaan dan peralatan elektrik,” ujarnya.
Seorang lagi penduduk yang juga ejen insurans, Muhammad Yahya Hamdzani 35, berkata, faktor pertambahan penduduk dan pembangunan tidak terancang turut mendorong kepada masalah berlakunya banjir kilat.
Ujarnya, kewujudan taman perumahan baharu di kawasan sekitar menyebabkan penempatan penduduk sedia ada menjadi lebih rendah berbanding kediaman baharu.
“Salah satu punca ialah wujudnya rumah atau taman perumahan baharu yang ditambak lebih tinggi.
“Walaupun Lorong Sarkawi, Jalan Kebun ini antara kawasan kerap terjejas tetapi masih ada pembangunan iaitu dua taman perumahan yang sedang dalam pembinaan, maksudnya PBT masih boleh beri kelulusan.
“Saya tidak faham kenapa boleh lulus. PBT sudah tahu masalah di Jalan Kebun tetapi masih beri kelulusan untuk menambah lagi taman perumahan sedangkan sebagai rakyat, saya lihat ini masalah kritikal kepada orang ramai terutama penduduk setempat,” ulasnya.
Tiga cadangan selesaikan isu banjir kilat membelenggu penduduk
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan tiga saranan yang boleh dipertimbangkan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang membelenggu penduduk.
Beliau berkata, pihak berkuasa perlu membuat penambahbaikan infrastruktur dengan membesarkan parit dan membina saluran lebih luas serta mengurangkan halangan.
“Kerajaan negeri dan PBT juga boleh mempertimbangkan untuk membangunkan saliran bertingkat atau bawah tanah bagi membantu menampung lebih banyak air hujan yang turun dalam jangka masa pendek.
“Selain itu, kawasan hijau di sekitar Jalan Kebun perlu ditingkatkan supaya dapat menyerap air lebih baik seperti menambah pokok dan rumput untuk penyerapan air.
“Tetapi dalam masa sama, pembangunan juga perlu dikawal kerana pembinaan yang tidak melihat kepada sistem saliran yang sesuai boleh memburukkan lagi masalah banjir kilat,” katanya.
Bagaimanapun, Lam Thye berkata, walaupun saranan itu mungkin melibatkan kos atau peruntukan yang besar untuk dilaksanakan tetapi wajar dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan PBT.
“Dengan melaksanakan langkah- langkah ini, masalah banjir kilat di kawasan tersebut dapat dikurangkan atau diatasi dengan lebih berkesan.
“Saya faham mungkin melibatkan kos yang besar tetapi untuk kesejahteraan rakyat, apa salahnya. Saya bersimpati dengan nasib penduduk dan mangsa banjir serta berharap isu ini dapat diselesaikan segera,” ujarnya.
SEPANG: Civil Defence Force (APM) Chief Commissioner Datuk Aminurrahim Mohamed has proposed that the government consider forming a committee to coordinate non-governmental organisations (NGOs) wishing to carry out humanitarian aid missions abroad.
He said that the establishment of such a committee would help streamline NGO operations and ensure that contributions from Malaysians were used effectively, with no leakage.
“Currently, aid missions by NGOs in Malaysia are mostly unorganised and carried out on an ad-hoc basis, which highlights the need for a more coordinated and efficient approach.
“If this is coordinated effectively, we can ensure there will be no leakage because it will be managed by the government. This will also instil greater confidence in the public to contribute,” he said after sending off the Humanitarian Mission to Rebuild Syria by the Serantau Muslim Welfare Organisation at the Kuala Lumpur International Airport here on Tuesday (Feb 18).
BRAZIL: Penduduk Rio de Janeiro mencari cara untuk kekal segar semasa musim panas yang terik sejak Selasa lalu.
Pada Isnin (17 Februari), suhu di bandar itu mencapai rekod tertinggi 44 darjah Celsius (111.2 Fahrenheit), mencetuskan amaran daripada pihak kerajaan dan suhu kekal tinggi pada Selasa mencecah 43 darjah Celsius (107.6 Fahrenheit).
“Ia terlalu panas sehingga anda tidak boleh berada di dalam rumah,” kata penduduk tempatan, Raquel Costa, yang membawa cucunya dan rakan sekelas cucunya ke taman dengan kemudahan air supaya kanak-kanak itu dapat mengelak daripada kepanasan.
Pegawai bandar menasihatkan penduduk agar mengelakkan pendedahan langsung kepada matahari dan melaksanakan protokol untuk penghidratan serta penjagaan kecemasan. – REUTERS
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kini dalam proses untuk mengkaji pelaksanaan bagi pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) secara pemindahan dana elektronik (EFT).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu jika dilaksanakan mampu mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.
“NADMA sedang berusaha untuk menambahbaik serta mempermudahkan prosedur pemberian BWI kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana, bagi memastikan tiada halangan birokrasi dalam penyaluran bantuan tersebut dan meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana.
“NADMA dalam proses mengkaji pelaksanaan pembayaran BWI melalui EFT dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.
“Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa bencana dengan memanfaatkan teknologi perbankan digital, seterusnya memastikan bantuan sampai dengan lebih efisien,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan daripada Datuk Willie Mongin (GPS- Puncak Borneo) mengenai jenis bantuan disediakan oleh NADMA serta sama ada proses permohonan bantuan itu dapat dipermudahkan.
Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagi kejadian bencana semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) termasuk bencana banjir, terdapat dua jenis bantuan bencana yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan yang disalurkan oleh NADMA kepada semua negeri.
“Untuk pemberian BWI sebanyak RM1,000 untuk setiap KIR yang layak dan dan BWI kematian pula,sebanyak RM10,000 untuk waris kepada mangsa yang meninggal dunia.
“Sebelum agihan BWI dilaksanakan, senarai KIR yang terjejas akibat bencana akan disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
“Pengagihan BWI kepada KIR akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan senarai nama yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,” katanya.