Suhu di Rio de Janeiro kekal tinggi 43 darjah celsius
- Admin UKK
- Berita
BRAZIL: Penduduk Rio de Janeiro mencari cara untuk kekal segar semasa musim panas yang terik sejak Selasa lalu.
Pada Isnin (17 Februari), suhu di bandar itu mencapai rekod tertinggi 44 darjah Celsius (111.2 Fahrenheit), mencetuskan amaran daripada pihak kerajaan dan suhu kekal tinggi pada Selasa mencecah 43 darjah Celsius (107.6 Fahrenheit).
“Ia terlalu panas sehingga anda tidak boleh berada di dalam rumah,” kata penduduk tempatan, Raquel Costa, yang membawa cucunya dan rakan sekelas cucunya ke taman dengan kemudahan air supaya kanak-kanak itu dapat mengelak daripada kepanasan.
Pegawai bandar menasihatkan penduduk agar mengelakkan pendedahan langsung kepada matahari dan melaksanakan protokol untuk penghidratan serta penjagaan kecemasan. – REUTERS