KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak meningkat kepada 1,435 orang daripada 406 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 10 malam ini.
Angka itu meningkat berbanding 1,359 mangsa banjir daripada 391 keluarga ditempatkan di lapan PPS di dua negeri berkenaan, yang direkodkan pada jam 4.30 petang tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,133 orang membabitkan 319 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kuala Selangor.
Perak pula merekodkan 302 mangsa daripada 87 keluarga yang ditempatkan di dua PSS di Hilir Perak.
Daripada jumlah keseluruhan mangsa, seramai 465 mangsa adalah wanita dewasa, 427 lelaki dewasa, 214 kanak-kanak perempuan dan 288 kanak-kanak lelaki.
Selain itu, turut dipindahkan ke PPS adalah 25 bayi lelaki dan 16 bayi perempuan.
Lembah Klang tidak serap air
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Lebih 90 peratus permukaan di kawasan Lembah Klang ditutupi bangunan dan jalan raya sehingga menyebabkan air hujan gagal meresap ke dalam tanah.
Keadaan tersebut mengurangkan keupayaan tanah menyerap air secara semula jadi menyebabkan air hujan mengalir terus ke sistem perparitan dan sungai sekali gus meningkatkan risiko limpahan air dan banjir kilat.
Pakar Hidrologi dan Pemodelan Banjir, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, keadaan itu menjadi lebih kritikal apabila pembangunan tidak disertai peningkatan kapasiti sistem perparitan yang sepadan dengan perubahan guna tanah.
“Di Lembah Klang, penurapan permukaan berlaku secara sangat intensif menyebabkan air hujan tidak lagi meresap ke dalam tanah, sebaliknya 90 peratus menjadi air larian permukaan yang mengalir dengan pantas ke sistem saliran.
“Pada masa sama, kebanyakan sistem saliran mikro seperti longkang dan parit di kawasan perumahan serta komersial direka sejak puluhan tahun lalu dan tidak mampu menampung peningkatan mendadak jumlah air larian,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, katanya, masalah banjir turut diburukkan dengan keadaan longkang yang tersumbat akibat sisa sampah sarap dan bahan binaan sehingga mengurangkan kapasiti sistem saliran ketika hujan lebat.
Beliau berkata, perubahan iklim turut mempengaruhi corak hujan yang semakin ekstrem dalam tempoh singkat sekali gus memberikan tekanan tambahan kepada infrastruktur tebatan banjir.
Menurutnya, reka bentuk kejuruteraan projek tebatan banjir terdahulu bergantung kepada data hidrologi ketika itu, termasuk penggunaan konsep Selang Ulangan Purata (ARI) 100 tahun.
“Perubahan iklim global menyebabkan corak hujan kini berubah menjadi hujan ekstrem singkat iaitu taburan hujan sebulan boleh turun dalam tempoh satu hingga dua jam sahaja.
“Infrastruktur sedia ada kini beroperasi melebihi had kapasiti maksimum disebabkan kepesatan pembangunan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan tidak boleh bergantung kepada pembinaan infrastruktur fizikal semata-mata sebaliknya perlu menggabungkan pendekatan bukan struktur dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.
Antaranya, beliau mencadangkan pelaksanaan konsep Bandar Span atau Sponge City yang membolehkan kawasan bandar menyerap, menyimpan dan menapis air hujan secara semula jadi sebelum mengalirkannya ke sistem saliran.
Selain itu, katanya, penguatkuasaan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga perlu diperkukuh dalam setiap projek pembangunan baharu.
Bagi langkah jangka panjang, Mohd. Ekhwan berkata, kerajaan perlu mewartakan dan memulihara zon penyangga hijau termasuk kawasan tadahan air, tanah lembap serta hutan simpan bandar yang berfungsi sebagai penyerap air semula jadi.
Pensyarah Sumber Air dan Sistem Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Wardah Tahir pula berkata, perubahan kawasan berhutan dan tanah lapang kepada kawasan perumahan, perindustrian serta jalan raya meningkatkan permukaan tidak telap air, sekali gus mempercepatkan aliran air hujan ke sistem saliran.
“Perubahan ini boleh meningkatkan kadar aliran puncak, memendekkan masa tumpuan dan menyebabkan sistem saliran menerima aliran yang lebih besar dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Beliau berkata, penilaian pembangunan baharu perlu mengambil kira keseluruhan lembangan sungai bagi mengenal pasti kesan terhadap kawasan hilir.
“Penilaian projek secara berasingan mungkin tidak menggambarkan kesan terkumpul, khususnya apabila beberapa pembangunan dilaksanakan dalam satu kawasan tadahan sungai.
“Pembangunan baharu juga perlu menyediakan kemudahan takungan air hujan seperti On-Site Detention (OSD), kolam takungan dan infrastruktur hijau bagi mengurangkan serta melambatkan aliran air puncak,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Save KL, Datuk M. Ali berkata, perbelanjaan RM22 bilion untuk projek tebatan banjir tidak akan memberikan hasil optimum sekiranya pembangunan bandar terus diluluskan tanpa mengambil kira kapasiti sistem saliran serta pemuliharaan kawasan hijau.
Katanya, negara merekodkan kerugian akibat banjir sebanyak RM636.9 juta pada tahun lalu sedangkan kerajaan membelanjakan berbilion untuk projek tebatan banjir termasuk di Lembah Klang.
Beliau menegaskan pembangunan pesat termasuk penebangan pokok, kehilangan kawasan hijau dan penurapan tanah lapang dengan konkrit menyebabkan kawasan bandar semakin terdedah kepada risiko banjir.
Menurut beliau, pembangunan sepatutnya dilaksanakan secara mampan dan seimbang dengan keupayaan infrastruktur sedia ada, khususnya sistem perparitan yang perlu mampu menampung peningkatan aliran air ketika hujan lebat.-UTUSAN.
KUCHING (Nov 11): Sarawak will continue to undertake cloud seeding operations whenever necessary, subject to suitable weather and atmospheric conditions, said caretaker Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah, who is also State Disaster Management Committee (SDMC) chairman, said five cloud seeding operations had been conducted in Sarawak this year to mitigate the impact of extreme weather and safeguard the state’s water resources.
He said the operations demonstrated close cooperation between Federal and state agencies, with various parties contributing their expertise, resources and logistical support.
He said cloud seeding required extensive coordination involving meteorological expertise, weather radar monitoring, aircraft and flight crew arrangements, airspace safety, logistical support, as well as monitoring of dams and water supplies.
Among the agencies involved were the National Disaster Management Agency (Nadma), Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia), Royal Malaysian Air Force (RMAF), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Sarawak Ministry of Utility and Telecommunication, Sarawak Energy, Sarawak Water, Rural Water Supply Department, Sarawak Security and Enforcement Unit, and Malaysian Civil Defence Force.
Uggah said this year’s experience of prolonged hot weather and haze, including Air Pollutant Index (API) readings that exceeded 500, highlighted the need for continuous monitoring and preparedness by the SDMC and relevant agencies.
“The challenges ahead require us to remain prepared at all times. This spirit of cooperation must be maintained so that all agencies can act in a coordinated manner and continue cloud seeding operations whenever necessary,” he said.
He described the collaboration as an example of a whole-of-government approach, bringing together the expertise, resources and capabilities of Federal and state agencies in addressing disaster management challenges.
He expressed hope that the cooperation would continue to be strengthened to ensure Sarawak remained ready to face future weather changes and disaster risks.
Also present were Minister of Utility and Telecommunication Dato Sri Julaihi Narawi, Deputy State Secretary (Administration) Datu Felicia Tan Ya Hua, Sarawak Energy group chief executive officer Dato Ruslan Abdul Ghani, MetMalaysia director-general Dr Mohd Hisham Mohd Anip, and Nadma Operations Division director Datuk Mazli Mazlan.
KUALA LUMPUR, 11 Nov: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menerusi pemantauan berterusan, penempatan petugas serta penyediaan jambatan pasang siap bagi memastikan laluan terputus akibat banjir dapat dipulihkan segera.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian turut memanfaatkan peruntukan penyelenggaraan tahunan sedia ada bagi menangani kerosakan infrastruktur di kawasan yang terjejas akibat banjir.
“Daripada peruntukan penyelenggaraan sedia ada yang diluluskan, iaitu kira-kira RM300 juta, kita menganggarkan sebahagian daripadanya akan digunakan khusus untuk kawasan yang terjejas akibat banjir, termasuk kerja penyelenggaraan jalan raya, jambatan, parit dan longkang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan BAMBuild ’26: The Future of Sustainable Bamboo Construction di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Nanta menjelaskan, keperluan menangani kesan MTL telah diambil kira dalam permohonan peruntukan penyelenggaraan tahunan kementerian dan bukannya melalui peruntukan khusus bagi menghadapi monsun.
Menurutnya, perubahan iklim menyebabkan kesan MTL sejak kebelakangan ini semakin serius, sekali gus menjejaskan kediaman penduduk serta aset negara, termasuk jalan raya.
Sehubungan itu, katanya bilik gerakan bencana JKR mendapatkan maklumat mengenai kejadian banjir dan kawasan terjejas di seluruh negara hampir dalam masa nyata.
Dalam pada itu, beliau berkata JKR turut menyediakan komponen jambatan Bailey dengan jumlah panjang keseluruhan melebihi 2,680 kaki bagi membantu memulihkan laluan yang terputus, khususnya apabila jambatan kecil runtuh.
“Panjangnya bergantung pada keperluan di lokasi terjejas. Kita akan gunakan sebanyak mana yang diperlukan,” katanya.
Ujarnya, komponen jambatan pasang siap itu disimpan di beberapa lokasi di seluruh negara bagi membolehkan pemasangan dilakukan dengan segera menerusi penyelarasan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi berkaitan.-TVS
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada pada tahap kesiapsiagaan dengan hampir 102,000 anggota pelbagai jabatan dan agensi serta kira-kira 40,000 aset operasi bakal digerakkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Timbalan Ketua Operasi NADMA, Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar, berkata persediaan itu turut meliputi 8,321 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara yang mampu menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir.
"Aset yang disediakan merangkumi 2,450 bot, manakala lebih 3,000 adalah kenderaan pacuan empat roda dan lori selain pelbagai aset sokongan lain.
"Kita juga menyediakan 170,000 makanan sedia dimakan sebagai bekalan awal kepada mangsa apabila mereka tiba di PPS, selain 60,000 kit makanan yang mengandungi barangan keperluan asas untuk diberikan kepada mangsa apabila mereka pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Fokus 30 terbitan Bernama Radio bertajuk "Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027" di sini hari ini.
Mengulas mengenai penyelarasan operasi di lapangan, Abdul Gapar berkata Pegawai Daerah bertanggungjawab mengambil tindakan awal ketika banjir, termasuk mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana di peringkat daerah.
Beliau berkata, Pusat Kawalan Tempat Kejadian akan diketuai Ketua Polis Daerah sebagai Komander Operasi Bencana, dengan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah selaku timbalan, manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula membantu menyelaras operasi menyelamat serta pemindahan mangsa.
"Selain agensi penyelamat, NADMA juga menggerakkan ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti setempat menerusi program Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) bagi membantu operasi menyelamat serta pengurusan di PPS," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Gapar menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi Malaysia Disaster Information Management System (MyDIMS) yang dilancarkan NADMA pada 24 April lalu bagi mendapatkan maklumat berkaitan bencana.
Beliau berkata, aplikasi itu menyediakan notifikasi apabila pengguna berada dalam lingkungan 10 kilometer dari kawasan bencana, selain menghimpunkan maklumat cuaca, perkembangan bencana dan lokasi PPS, termasuk panduan navigasi ke pusat berkenaan.
Abdul Gapar turut mengingatkan penduduk di kawasan berisiko tinggi supaya menyediakan beg kecemasan yang mengandungi dokumen penting seperti MyKad dan pasport, ubat-ubatan asas, bekalan makanan dan minuman serta pakaian bersesuaian bagi menghadapi kemungkinan banjir.
