OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional usaha hindari negara dari bencana

Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional usaha hindari negara dari bencana

IPOH – Lebih 300 jemaah menyertai majlis Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah di sini malam ini.

Program itu dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dimulakan dengan solat Maghrib.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim.

Selesai solat Maghrib, majlis itu diisi dengan bacaan Yasin, tahlil, zikir munajat dan selawat yang dipimpin oleh Imam Utama masjid, Syed Mohd. Muzzaffar Syed Azlan.

Sebelum memulakan bacaan, Syed Mohd. Muzzaffar berkata, program yang diadakan ini sebagai usaha menyokong agar negara dihindari daripada sebarang bencana.

“Agar kita dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah, termasuk jerebu yang melanda negara ketika ini,” katanya.

BKN 2026 membawa tema Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama, dengan mesej bahawa setiap individu, komuniti dan agensi mempunyai peranan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta ketahanan menghadapi bencana.

Sebelum itu, majlis peluncuran BKN Tahun 2026 disempurnakan oleh Ahmad Zahid bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak.

Sejak tahun 2016, Nadma telah menjadikan bulan Oktober sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional.

Penetapan itu adalah bersempena semangat Hari Pengurangan Risiko Bencana Antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Oktober setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search