Consultative Meeting on AADMER Work Programme (AWP) 2026-2030 Development
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Consultative Meeting on AADMER Work Programme (AWP) 2026-2030 Development | 21 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Telah berlangsung Consultative Meeting on AADMER Work Programme (AWP) 2026-2030 Development yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari Brunei Darussalam, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan Timor Leste sebagai pemerhati. Turut hadir adalah wakil-wakil dari Asian Disaster Reduction Center (ADRC) selaku pihak konsultan yang dilantik.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menumpukan kepada penyelarasan keutamaan serantau dan penetapan matlamat jangka panjang dalam pengurusan bencana bagi tahun 2026 hingga 2030. Fokus utama adalah melibatkan hasil dan aktiviti Program Kerja AADMER di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan termasuk pengukuhan sistem pengurusan bencana melalui penggunaan secara optimum komponen ICT, peningkatan pengurusan rantaian bekalan dan pembangunan kapasiti pegawai-pegawai pengurusan bencana di semua NDMO.
Mesyuarat ini juga menekankan penggunaan sumber kewangan yang efisien untuk menyokong inisiatif-inisiatif di dalam AWP 2026-2030 kelak. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.
Mesyuarat ke-20 ASEAN Technical Working Group on Civil-Military Coordination (TWG on CIMIC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-20 ASEAN Technical Working Group on Civil-Military Coordination (TWG on CIMIC) | 21 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Telah berlangsung Mesyuarat ke-20 ASEAN yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar di pihak ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) serta wakil daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebagai pengerusi ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta ahli-ahli ADSOM yang melibatkan 10 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan Timor Leste sebagai pemerhati.
Mesyuarat ini telah membincangkan usaha mengkoordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana terutamanya melibatkan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) melalui penyediaan prosedur operasi standard ASEAN Militaries Ready Group on HADR, Experts’ Working Group on HADR dan Experts’ Working Group on Military Medicine.
Mesyuarat ini juga bertindak sebagai platform bagi sektor awam dan ketenteraan di rantau ASEAN untuk berkumpul dan membincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan koordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana di peringkat serantau. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.
Mesyuarat ke-4 Project Steering Committee (PSC) for the Disaster Emergency Logistics for ASEAN (DELSA) Phase IV Project
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-4 Project Steering Committee (PSC) for the Disaster Emergency Logistics for ASEAN (DELSA) Phase IV Project | 20 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Telah berlangsung Mesyuarat ke-4 Project Steering Committee (PSC) yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli PSC iaitu NDMO dari Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Mission of Japan to ASEAN dan Japan-ASEAN Integrated Fund (JAIF) Management Team juga turut hadir secara dalam talian.
Mesyuarat ini telah membincangkan kemajuan aktiviti utama dan pelaksanaan projek DELSA Fasa IV, termasuk tindakan susulan terhadap keputusan-keputusan yang relevan daripada Mesyuarat ke-3 PSC for the DELSA Phase IV Project. Mesyuarat ini juga membincangkan usaha-usaha memperkukuhkan pengurusan rantaian bekalan serantau dalam tindak balas pengurusan bencana melalui pengaplikasian komponen ICT.
Selain itu, mesyuarat turut dimaklumkan perkembangan terkini pengisian inventori di Gudang DELSA Malaysia, Thailand, dan Filipina serta penambahbaikan sistem logistik kemanusiaan ASEAN dan kapasiti pegawai-pegawai logistik di semua NDMO. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.
20 Mac 2025 - Telah berlangsung Ceramah sempena Program Ihya' Ramadan NADMA 2025 di Surau Ar-Rahmah, Aras 5, Setia Perkasa 5 bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Ceramah yang bertajuk "Lailatul Qadar: Saat Makbulnya Doa" telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Firdauz bin Mohd Syurkan, Penolong Pengarah Kanan, JAKIM.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menggandakan amal ibadah di 10 malam terakhir Ramadan ini. Semoga kita menjadi insan yang terpilih untuk dipertemukan dengan malam lailatul qadar dan menjadi mukmin yang bertakwa serta sentiasa berwaspada terhadap perintah dan larangan Allah SWT.
Mesyuarat ke-9 ACDM Working Group on Global Leadership (WG on GL) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-9 ACDM Working Group on Global Leadership (WG on GL) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan | 11 hingga 13 Mac 2025
Telah berlangsung beberapa program yang dihoskan oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB Indonesia) dengan kerjasama ASEAN Secretariat dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre) di Bali, Indonesia. Program ini telah dihadiri oleh wakil daripada setiap negara anggota ASEAN serta Timor Leste dan Malaysia telah diwakili oleh Dr. Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dan En. Aiman Na’im bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.
Antara mesyuarat yang diadakan adalah 3rd Meeting of Project Steering Committee of the AHA Centre Executive Leadership in Emergency and Disaster Management for ASEAN Programme (ACE-LEDMP) 2023-2025, Consultation Meeting on AADMER Work Programme 2026-2030 Development, Learning Management System (LMS) Knowledge Exchange Workshop dan 9th Meeting of ACDM Working Group on Global Leadership (WG GL).
Selain itu, mesyuarat telah membincangkan kemajuan inisiatif projek ASEANTranslate. Projek ini bertujuan untuk memanfaatkan sukarelawan komuniti tempatan daripada universiti-universiti di ASEAN untuk membantu menterjemahkan maklumat berkaitan bencana bersama-sama dengan mekanisme tambahan AHA Centre daripada bahasa Inggeris kepada bahasa rasmi negara anggota ASEAN yang memerlukan seperti Cambodia, Lao PDR, Myanmar dan Vietnam.