Mesyuarat Jawatankuasa Induk INSARAG External Reclassification (IER) SMART 2026 Bil 1/2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Induk INSARAG External Reclassification (IER) SMART 2026 Bil 1/2025 | 25 Mac 2025 | Hotel Zenith, Putrajaya
Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk INSARAG External Reclassification (IER) SMART 2026 Bil 1/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi NADMA iaitu YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi perkembangan terkini dan menyelesaikan isu-isu berbangkit yang memerlukan kerjasama daripada agensi. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh ahli-ahli JIIS 2026 yang telah dilantik terdiri daripada pengarah-pengarah NADMA, wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sesi Lawatan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
25 Mac 2025 - Telah berlangsung sesi lawatan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). MPPD telah diketuai oleh Yang Dipertua (YDP), Setiausaha dan Pengarah-Pengarah Bahagian. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan informasi mengenai sistem-sistem yang digunakan di NDCC bagi tujuan pengurusan bencana. Sesi taklimat mengenai peranan dan fungsi NDCC serta sistem yang digunakan telah disampaikan kepada MPPD semasa lawatan tersebut.
Sesi Tinjauan dan Pemantauan Bencana Banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
23 Mac 2025 – Telah berlangsung sesi tinjauan dan pemantauan bencana banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA bersama para pegawai SPO.
Beberapa isu dan cabaran pengoperasian yang memerlukan pencerahan telah pun dirungkaikan oleh YDH Datuk kepada wakil-wakil agensi/jabatan kerajaan yang bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilawati. YDH Datuk juga telah berkesempatan terlibat dalam sesi lawatan rasmi YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen P.164 Pontian di PPS SMK Seri Perdana, Mahkota, Kluang.
Antara lokasi yang dilawati adalah PPS SMK Seri Perdana, Mahkota, Kluang; PPS SK Sungai Linau, Machap, Kluang; PPS Dewan Kg Parit Hj Basri, Machap, Kluang; PPS SK Seri Bahagia, Benut, Pontian; PPS SMK Suria Perdana, Semarang, Batu Pahat; dan PPS Dewan Orang Ramai Tongkang Pechah, Parit Yaani, Batu Pahat.
Wakil agensi/jabatan kerajaan peringkat Negeri Johor yang turut hadir dan terlibat adalah seperti PDRM, JBPM, APM, JKM, KKM, RELA, ATM dan lain-lain agensi/jabatan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan di peringkat JPBD termasuk Pasukan Penggerak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah dan NGO MERCY Malaysia.
Sesi Tinjauan dan Pemantauan Bencana Banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai, Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Mac 2025 – Telah berlangsung sesi tinjauan dan pemantauan bencana banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai, Johor oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA bersama para pegawai SPO.
Dalam sesi ini, team 1 yang diketuai oleh YDH Datuk bersama PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin telah memulakan sesi dengan mendapatkan maklumat keseluruhan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Johor dan seterusnya sesi pemantauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Johor Bahru dan Kulai, manakala team 2 diketuai oleh PgKB I Arjunaidi bin Ismail bersama Encik Muhamad Haiqal bin Shaharuddin telah melawat PPS dan PKOB di Daerah Pontian dan Kulai.
Beberapa isu dan cabaran pengoperasian yang memerlukan pencerahan telah pun dirungkaikan oleh YDH Datuk dan Tuan Arjunaidi kepada wakil-wakil agensi/jabatan kerajaan yang bertugas di PKOB tersebut. Proses pengurusan bencana banjir kali ini agak mencabar dan dilihat lancar dan teratur walaubagaimanapun cadangan penambahbaikan fasiliti PPS yang boleh diangkat untuk ditambahbaik secara berfasa.
Antara lokasi yang dilawati adalah PKOB Negeri Johor, PKOB Daerah Pontian, PKOB Daerah Kulai, PPS SK Kg Pasir, Perling, Johor Bahru, PPS SK Bukit Mutiara, Puteri Wangsa, Johor Bahru, PPS Dewan Kg Maju Jaya, Puteri Wangsa, Johor Bahru, PPS Balai Raya Kg Sinaran Baru, Puteri Wangsa, Johor Bahru, PPS SK Senai, Kulai, PPS SMK Senai, Kulai dan PPS SK Parit Markom, Pontian.
YDH Datuk juga telah berkesempatan hadir ke Majlis Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mencemar duli menyantuni dan mengurnia ampun mangsa banjir di PPS sekitar Puteri Wangsa, Johor Bahru. Wakil agensi/jabatan kerajaan peringkat Negeri Johor yang telah hadir adalah seperti APM, JBPM, JKM, KKM, RELA, ATM dan lain-lain agensi/jabatan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan di peringkat JPBD Johor Bahru dan JPBN Johor.
Mesyuarat ke-9 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-9 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR) | 20 & 21 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Telah berlangsung Mesyuarat ke-9 ASEAN Committee yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari Brunei Darussalam, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan Timor Leste sebagai pemerhati. Turut hadir adalah wakil-wakil dari NDMO Kemboja dan Indonesia, WFP dan UNDP secara dalam talian.
Mesyuarat ACDM WG on PRR ini memberikan panduan strategik dalam pelaksanaan dan pemantauan hasil dan aktiviti Program Kerja AADMER 2021-2025 di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan, serta inisiatif lain yang berkaitan di ASEAN.
Mesyuarat ini juga membincangkan penambahbaikan kedua-dua program bagi Pembangunan Program Kerja AADMER 2026-2030 yang lebih realistik dan komprehensif serta ruang dan peluang kerjasama secara global dalam kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan dalam pengurusan bencana secara berterusan. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.