Beberapa kampung di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
- Admin UKK
- Berita
GEORGETOWN: Hujan berterusan mencetuskan banjir kilat di Kampung Tasik Junjung, Simpang Ampat dan Kampung Sulup di Teluk Kumbar, di sini hari ini.
Hujan lebat sejak petang menyebabkan paras air di kawasan rendah di kedua-dua kampung berkenaan naik dengan cepat sehingga menenggelami kediaman serta jalan masuk.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan mengenai pemindahan penduduk dikeluarkan.
Menerusi siaran langsung di TikTok, beberapa penduduk di Simpang Ampat dilihat memindahkan barangan mereka ke kawasan lebih tinggi.
Penduduk turut mendakwa sungai berhampiran sudah melimpah.Β Banjir turut melanda beberapa rumah di Kampung Sulup, Teluk Kumbar.
Ketika ini, pihak berkuasa sedang memantau keadaan semasa.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri, termasuk Pulau Pinang berikutan peralihan monsun yang sedang berlaku.
