OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran 0.8 hektar tanah gambut dipadamkan, 1.6 hektar masih terjejas

Kebakaran 0.8 hektar tanah gambut dipadamkan, 1.6 hektar masih terjejas

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sudah memadam kebakaran kawasan 0.8 daripada keseluruhan 2.4 hektar tanah gambut yang terjejas di TD Farm Tanah, Kampung Paya Kopi, Pagoh di sini, setakat semalam.

Jurucakapnya berkata, kawasan seluas 1.6 hektar bagaimanapun masih terbakar.Β Katanya, operasi pemadaman semalam dijalankan tujuh anggota serta dua utiliti.

Menurutnya, ketua operasi turut mengarah anggota menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air terbuka dengan satu unit pam mudah alih.

"Kebakaran masih aktif di kawasan seluas 1.6 hektar.

"Operasi ditangguhkan pada jam 7 malam (tadi) dan anggota serta jentera kembali ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh," katanya dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 11.49 pagi 29 Mei lalu berhubung kebakaran kawasan tanah gambut itu sebelum operasi pemadaman dilancarkan.

Pada Ahad lalu, kebakaran merebak meliputi kawasan 2.4 hektar, dengan pasukan bomba terus bertungkus lumus menjalankan operasi pemadaman.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search