KOTA BHARU: Lima sungai di Kelantan melepasi paras bahaya sehingga pagi ini.
Lima sungai berkenaan adalah Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu.
Selain itu, Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Kelantan di Kusial Baru manakala, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Jambatan Diraja, Sungai Melor di Jambatan Melor dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) memberi amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok membabitkan dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.
METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, sembilan kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
KUALA LUMPUR: Banjir di sembilan negeri makin buruk dengan jumlah mangsa di 37 daerah ialah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga yang ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7.30 pagi tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.
Kelantan masih kekal negeri paling teruk dilanda banjir kali ini dengan sebanyak 283 PPS diaktifkan untuk menempatkan 95,783 orang daripada 29,640 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Di Terengganu, banjir yang melanda lapan daerah menyebabkan 42,179 mangsa daripada 11648 keluarga ditempatkan di 313 PPS.
Mangsa banjir di Kedah juga naik dengan mendadak apabila seramai 7,954 orang daripada 2,440 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 52 PPS manakala di Negeri Sembilan pula, 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,925 mangsa daripada 540 keluarga.
Keadaan banjir di Johor merekodkan 588 mangsa membabitkan 174 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS di dua daerah manakala di Pahang sebanyak 405 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 15 PPS.
Sementara itu, banjir di Perlis ada menunjukkan pengurangan dengan 363 mangsa daripada 113 keluarga ditempatkan di dua PPS yang dibuka di dua daerah begitu juga di Selangor dengan bilangan mangsa 102 orang daripada 32 keluarga di satu PPS.
Di Melaka keadaan banjir tidak berubah dengan lima PPS diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 307 mangsa daripada 74 keluarga di tiga daerah.
RANTAU PANJANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan aset untuk memindahkan 189 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir di Rantau Panjang, pagi ini.
Kesemua pelajar akan diambil di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.
Calon SPM itu terdiri daripada beberapa sekolah terjejas banjir.
Operasi turut dihadiri kumpulan media itu bermula 7 pagi ini membabitkan pelbagai aset tentera termasuk 10 trak terdiri daripada tiga tan, lima tan dan tujuh tan.
Selain itu, beberapa bot turut dibawa berikutan terdapat laluan yang ditutup kepada semua kenderaan.
Operasi ini dijangka selesai jam 3 petang.
KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan mengesan 10 runtuhan tanah dan cerun berlaku di jalan persekutuan membabitkan lima jajahan setakat ini, akibat banjir yang berlaku sejak minggu lepas.
Pengarahnya Nik Soh Yaacoub berkata, kawasan runtuhan jalan yang berlaku itu membabitkan jajahan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang.
“Di Gua Musang, tiga kawasan yang terjejas ialah Jalan Aring 8 dan Jalan Lojing-Gua Musang dekat Kampung Jekjok, Pos Brooke yang mana terdapat dua runtuhan terjadi di jalan terbabit.
“Selain itu, bagi jajahan Kuala Krai pula ada dua runtuhan berlaku iaitu di Kampung Sungai Teku Luar (cerun runtuh) dan Jalan Sungai Sam-Jeli (tanah runtuh),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nik Soh berkata tiga jalan persekutuan yang berlaku runtuhan di jajahan Machang pula ialah Jalan Kemuning-Bukit Belah, Dataran Bukit Belah dan Jalan masuk ke Stesen VHF Bukit Bakar.
Manakala, masing-masing satu runtuhan berlaku di jajahan Jeli dan Tanah Merah iaitu Jalan Gerik-Jeli-Lebuhraya Timur Barat berhampiran Kampung Lakota dan Jalan Kemahang 2.
“Pihak JKR telah meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan runtuhan yang terlibat dan diharap supaya pengguna berhati-hati serta mematuhi arahan yang dikeluarkan.
“Hal ini kerana ada sesetengah kawasan runtuhan ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana masih berlaku pergerakan tanah dan sebaiknya pengguna tidak melalui laluan itu kerana bimbang terjadi perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Helping ease their pain
- Admin UKK
- Berita
With the flood situation worsening in several states, various forms of aid, including the government’s RM1,000 cash assistance and support from banks, are being mobilised to help victims. Additionally, insurance policies are offering some relief to those impacted.
The Federal Government has started distributing RM1,000 in Bantuan Wang Ihsan to heads of households (KIR) affected by floods nationwide since yesterday, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, who is also the National Disaster Management Committee chairman, said the aid distributed to each KIR who moved to a temporary evacuation centre (PPS) and in accordance with the conditions determined by the National Disaster Management Agency (Nadma) will be distributed in phases.
“I hope that the distribution of assistance will be fully organised and we do not want any of the KIRS who moved to the PPS to be left out,” he told reporters after visiting the PPS at SMK Matang here yesterday, Bernama reported.
Ahmad Zahid said the Federal Government has also asked state governments affected by floods to also work on providing assistance and emergency funds to KIRS or victims who have suffered major losses, such as damage to their homes and household appliances.
He assured the people that the government has sufficient allocations to distribute the Bantuan Wang Ihsan to affected KIRS nationwide, which has now exceeded 30,000 KIRS.
In fact, he said, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who is also the Finance Minister, will increase the amount for the cash assistance if the number of KIRS exceeds the allocation provided.
In the meantime, he said, the government is building 14 Permanent Disaster Evacuation Centres (PPKB) nationwide or one PPKB in each state for the convenience of flood victims.
“For Hulu Terengganu, we have received applications from local leaders (for the construction of PPKB) and we will consider it for the second phase.
“I have asked district officers to identify suitable areas for the construction of this PPKB.
“Allocations are already in place and the Prime Minister himself has given Nadma an overall allocation for next year’s budget of Rm600mil, which is Rm100mil more than this year’s allocation,” he said.
Ahmad Zahid said that following a sharp increase in the number of victims, the government has ordered all enforcement and security agencies to be on standby and organise the deployment of their teams as best as possible.
He said cooperation between the Federal Government and the state government regardless of political differences, such as the one that has developed now, is very important to safeguard the welfare of people who have been affected by the floods.
Earlier, Ahmad Zahid spent about 30 minutes comforting flood victims at SMK Matang here, which consists of 275 victims from 130 families.
In addition, the Deputy Prime Minister also spent time visiting flood victims at SK Nibong here, which houses 265 victims from 91 families.