OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lebih 800 rumah di barat daya China rosak akibat gempa bumi Myanmar

Lebih 800 rumah di barat daya China rosak akibat gempa bumi Myanmar

KUNMING: Sebanyak 847 kediaman di Bandar Ruili, Wilayah Yunan di barat daya China yang bersempadan dengan Myanmar, mengalami kerosakan akibat gempa bumi besar yang melanda Myanmar semalam, lapor Xinhua.

Setakat tengah hari tadi, seramai 2,840 penduduk di kota yang terletak kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa itu terjejas, menurut pihak berkuasa perbandaran Ruili.

Susulan gempa itu, kerajaan tempatan telah menggerakkan pasukan petugas bagi menjalankan operasi bantuan bencana, memantau risiko geologi, memeriksa projek pemuliharaan air, membaiki kemudahan elektrik serta melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan jalan kecemasan.

Dua individu mengalami kecederaan ringan dalam gempa bumi itu dan telah menerima rawatan perubatan. Pihak berkuasa kini sedang menilai tahap kerugian yang dialami penduduk tempatan.

Bekalan air, elektrik, pengangkutan dan komunikasi di Ruili kini kembali beroperasi seperti biasa.

Setakat ini, gempa bumi dahsyat itu telah mengorbankan 1,002 orang, mencederakan 2,376 yang lain serta menyebabkan 30 individu masih hilang di Myanmar. –BERNAMA-XINHUA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search