MIRI, 20 Feb: Tabung Darah Hospital Miri mempergiat kempen derma darah bergerak di sekitar bandar ini dengan kerjasama pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
Ketua Unit Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri, Dr Nur Aklina Ramli berkata inisiatif tersebut bagi memastikan sasaran 13,000 penderma darah sepanjang tahun ini di Miri dapat dicapai, selain bagi mengekalkan bekalan darah yang mencukupi.
“Setiap bulan, kita menyasarkan lebih kurang 800 ke 900 orang penderma darah, tetapi pada Januari 2025, kita dapati ada sedikit penurunan dari segi pendermaan darah iaitu sebanyak 679 orang sahaja.
“Pihak kita menjangkakan bencana banjir yang melanda Miri baru-baru ini mempengaruhi sedikit sebanyak jumlah penderma darah di sini,” katanya kepada TVS ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Bagaimanapun katanya, setakat ini pihaknya menerima respon yang cukup memberangsangkan daripada orang ramai khususnya masyarakat di sekitar Miri dan sekali gus meletakkan bekalan darah di Tabung Darah Hospital Miri kembali pada paras stabil.
Selari dengan konsep ‘Darah Tanpa Sempadan’, Dr Aklina memberitahu, kegunaan darah tersebut tidak terhad di bahagian Miri sahaja, namun meliputi kawasan sekitar dan berdekatan.
Sekiranya terdapat keperluan, pihaknya juga akan membekalkan darah dari Tabung Darah Hospital Miri ke kawasan yang memerlukan termasuk di Sabah seperti yang dilakukan tempoh hari.
“Kami juga membekalkan darah kepada pesakit di Hospital Limbang dan Lawas serta hospital-hospital swasta di sini.
“Dua minggu lepas, kami telah menghantar bekalan darah ke Hospital Keningau dan Likas di Sabah untuk kegunaan pesakit di sana,” katanya lagi.
Salah seorang penderma darah, Slyvester Ulla Sabai, 22, berkongsi pengalamannya yang sudah beberapa kali menderma darah.
Beliau yang merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), mengimbas kembali pengalaman kali pertama menderma darah suatu masa dahulu dan tidak menafikan rasa ketakutannya lebih-lebih lagi apabila melihat jarum yang digunakan untuk prosedur berkenaan.
Bagaimanapun, beliau memberanikan diri sehingga berjaya mengatasi ketakutannya dan sehingga kini, beliau aktif menderma darah untuk tempoh tiga bulan sekali.
“Saya rasa berbangga setiap kali selepas menderma darah. Meskipun saya tidak dapat membantu orang lain secara fizikal, sekurang-kurangnya saya dapat membantu mereka melalui derma darah.
“Saya akan makan dahulu sekurang-kurangnya satu jam sebelum menderma darah. Saya juga mengamalkan rutin sihat seperti berjoging serta mengamalkan pengambilan makanan yang sihat,” jelasnya.
Bagi pembantu jualan, Felicia Sara Galih, beliau mempunyai pengalaman dan perasaan yang berbeza kerana pertama kali menderma darah.
Bagaimanapun beliau tetap berbangga kerana dapat menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan.
“Untuk kali pertama ini, saya berasa bangga dapat menderma darah untuk hospital yang kekurangan darah dan untuk mereka yang sangat memerlukan darah.
“Saya mendapat maklumat mengenai derma darah ini dari laman Facebook Tabung Darah Hospital Miri, kemudian saya mengajak rakan saya untuk bersama-sama menderma darah pada hari ini,” jelas gadis 25 tahun itu.
Untuk rekod, Tabung Darah Hospital Miri beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 4:30 petang.
Orang ramai diseru untuk mengikuti laman Facebook Tabung Darah Hospital Miri bagi mendapatkan jadual-jadual terkini mengenai kempen derma darah di sekitar bandar ini. – TVS
Dewan Rakyat: Kerajaan tumpu keutamaan kawasan kritikal untuk projek tebatan banjir
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Kerajaan telah menilai semula cadangan projek tebatan banjir dengan tumpuan utama diberikan kepada kawasan-kawasan kritikal yang sering terdedah kepada bencana berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, proses pentadbiran dan peruntukan kontrak projek berkenaan akan disesuaikan serta mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
“(Ketika ini) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek dengan tempoh dan kos yang lebih efektif,” katanya.
Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional – Kuala Nerus) yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan perincian tindakan kementerian berhubung gesaan Perdana Menteri supaya projek berkaitan tebatan banjir disegerakan.
Beliau juga ingin tahu kos terkini yang perlu ditanggung oleh kerajaan memandangkan proses kelulusan projek ini pernah dibatalkan pada akhir 2022.
Pada masa sama Fadillah memaklumkan, antara cadangan yang diambil ialah semua urusan termasuk pengambilan tanah dan proses reka bentuk akan diteliti semula bagi mempercepatkan tempoh penyiapan projek.
“Dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dijangka projek dapat disegerakan sehingga 12 bulan lebih awal daripada tempoh asal penyiapan projek,”katanya. -TVS
KUALA LUMPUR, 20 Februari- Sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam lagi dalam pembangunan bagi mengurangkan impak banjir di seluruh negara menerusi Rolling Plan Kelima tahun 2025 (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan kaedah pendekatan secara struktur dan bukan struktur bagi mengurangkan perkara itu.
"Secara struktur PETRA melalui JPS melaksanakan projek tebatan banjir termasuk projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT) pelaksanaan projek meliputi skop membina dan menaik taraf pelbagai infrastruktur banjir seperti ban, benteng banjir, struktur kawalan rumah pam, kolam takungan termasuk kerja melebar dan mendalamkan sungai.
"Melalui pendekatan bukan struktur PETRA melalui JPS menyediakan pelan induk tebatan banjir seluruh Malaysia bertujuan untuk menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Alias Razak berkenaan tindakan PETRA berhubung gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu projek berkaitan tebatan banjir disegerakan dan berapa kos terkini yang perlu ditanggung oleh kerajaan hari ini.
Beliau turut menambah bahawa Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sebanyak 136 projek tebatan banjir diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion.
Daripada jumlah itu, 35 projek sedang dalam peringkat prapelaksanaan dan 73 projek sedang dalam pelaksanaan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan meneliti semula urusan pelaksanaan projek tebatan banjir termasuk pengambilan tanah dan proses reka bentuk.
Langkah itu bertujuan mempercepat tempoh penyelesaiannya dengan kos lebih efektif.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata dengan kerjasama semua pihak berkenaan, projek tebatan banjir dijangka boleh disegerakan sehingga 12 bulan lebih awal berbanding tempoh asal penyiapan projek.
"Kementerian komited melaksanakan projek mitigasi banjir bagi menangani risiko banjir yang semakin meningkat, terutama di kawasan terdedah kepada bencana.
"Justeru, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek dengan tempoh dan kos lebih efektif," katanya pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai perincian tindakan bagi menyegerakan projek tebatan banjir.
Beliau berkata, ia berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak bersesuaian serta mematuhi tatacara perolehan ditetapkan Kementerian Kewangan.
Katanya, projek tebatan banjir diakui akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan dalam lima hingga lapan tahun membabitkan projek merancang dan pelaksanaan.
"Bagi proses merancang, ia selalunya mengambil masa dua hingga tiga tahun manakala pelaksanaan tiga hingga lima tahun.
"Bagaimanapun, kita melakukan pendekatan bukan struktur dan kajian untuk mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku bencana.
"Komitmen ini turut memerlukan jaminan dan kerjasama kerajaan negeri kerana tanpanya, masalah pelaksanaan seperti pengambilan tanah boleh timbul," katanya.
Melalui Rolling Plan Kelima (RP5) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), katanya, sebanyak 136 projek tebatan banjir diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 35 projek dalam peringkat pra pelaksanaan dan 73 projek sedang dalam pelaksanaan.
KUALA LUMPUR – Projek mitigasi banjir bagi menangani risiko banjir yang semakin meningkat terutamanya di kawasan-kawasan yang sering terdedah kepada bencana di seluruh negara dijangka daapt disiapkan 12 bulan lebih awal.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek dengan tempoh dan kos yang lebih efektif.
“Antara cadangan yang diambil ialah semua urusan termasuk pengambilan tanah dan proses rekabentuk akan diteliti semula untuk mempercepatkan tempoh penyiapan projek.
“Dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dijangka projek dapat disegerakan sehingga 12 bulan lebih awal daripada tempoh asal penyiapan projek,” katanya menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata sehingga Rolling Plan Kelima tahun 2025, sebanyak 50 pelan induk tebatan banjir telah disiapkan dan enam pelan pula sedang dibangunkan manakala tiga lagi dirancang untuk mula dibangunkan bermula Jun 2025.
“Sehingga Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12 (RP5 RMKe-12), sebanyak 136 projek tebatan banjir telah diluluskan dengan jumlah kos RM22.86 bilion.
“Daripada jumlah tersebut, 35 projek sedang dalam peringkat pra-pelaksanaan dan 73 projek sedang dalam pelaksanaan,” katanya lagi.
Tambah Fadillah, kerajaan telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir selepas tahun 2022 untuk memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal terlebih dahulu berdasarkan proses pentadbiran dan peruntukan kontrak yang bersesuaian serta mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Sebelum ini, Anwar berkata beliau telah mengarahkan Perbendaharaan memberikan kelonggaran supaya projek tebatan banjir dapat dipercepatkan.
Beliau berkata, ia melibatkan peruntukan segera dan proses saringan awal (pre queue) yang lebih cepat. – MalaysiaGazette