OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

81 penduduk terjejas banjir di Bentong

BENTONG – Seramai 81 penduduk daripada 24 keluarga di Kampung Karak Setia di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air.

Difahamkan, rumah penduduk mula dinaiki air sejak tengah malam tadi ekoran hujan lebat.

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Seri Mohd. Shahid Ismail berkata, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Karak Setia di sini.

“Walaupun tiada hujan pada masa ini, namun air masih ‘termenung’ dan kesemua mangsa masih ditempatkan di PPS.

“Pada masa ini pihak berkuasa masih melakukan pemantauan berterusan di kawasan berisiko banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Kerajaan jamin salur bantuan kepada 223,000 mangsa banjir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan semua mangsa banjir yang berpindah atau berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana bantuan kewangan itu telah disalurkan menerusi pihak bertanggungjawab di peringkat negeri dan daerah.

“Terdapat kira-kira 223,000 mangsa banjir apabila monsun timur laut berlaku, baru-baru ini.

“Mereka ini telah disantuni dengan sebaik-baiknya dan jika ada pun bantuan-bantuan yang belum sampai, kami ingin memberitahu ia telah diberikan kepada peringkat negeri, kemudian diserahkan ke peringkat daerah.

“Mana-mana mangsa yang belum memperolehinya, Insya-Allah dalam waktu terdekat kita akan bantu.

“Bagi mereka yang tidak dapat menginap di PPS akibat kapasiti penuh, pendaftaran tetap perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pemberian bantuan,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, kerajaan sedia menggerakkan jentera untuk membina jambatan Balley bagi mana-mana jalan mahupun jambatan yang rosak akibat banjir.

“Kita bekerjasama antara JKR, pihak berkuasa negeri dan Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menggunakan Jambatan Bailey telah dilaksanakan sepenuhnya.

“Ini kerana kami mempunyai stok yang cukup untuk melaksanakannya,” katanya. – MalaysiaGazette

NADMA kaji agih bantuan secara pindahan wang

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam proses mengkaji pelaksanaan bagi pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) secara pemindahan dana elektronik (EFT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu jika dilaksanakan mampu mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.

“NADMA sedang berusaha menambah baik serta mempermudahkan prosedur pemberian BWI kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana bagi memastikan tiada halangan birokrasi dalam penyaluran bantuan itu dan meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana.

“NADMA dalam proses mengkaji pelaksanaan pembayaran BWI melalui EFT dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.

“Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa bencana dengan memanfaatkan teknologi perbankan digital, seterusnya

memastikan bantuan sampai dengan lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Willie Mongin (GPS- Puncak Borneo) mengenai jenis bantuan disediakan NADMA serta proses permohonan bantuan itu dapat dipermudahkan.

Semak senarai sebelum agih

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagi kejadian ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) termasuk bencana banjir, terdapat dua jenis bantuan bencana disediakan Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan yang disalurkan NADMA kepada semua negeri.

“Untuk pemberian BWI RM1,000 untuk setiap KIR layak dan dan BWI kematian, RM10,000 untuk waris kepada mangsa yang meninggal dunia.

“Sebelum agihan BWI dilaksanakan, senarai KIR terjejas akibat bencana akan disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Pengagihan BWI kepada KIR akan dilaksanakan Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan senarai nama yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,” katanya.

Kedah farmers hit by heatwave

ALOR SETAR: The current hot weather is offering a short-term benefit to padi farmers as it aligns with the harvest season.

But farmers say the prolonged heat could disrupt the upcoming padi planting season.

Shuib Ismail, 65, from Pokok Sena, said while the heat is manageable during harvest, the prolonged exposure could harm both farmers’ health and padi plants.

“Farmers typically seek shelter when the sun is at its peak around noon, resting for an hour before continuing work until 2pm or 3pm.

“A prolonged heatwave can jeopardise padi quality, as excessive heat often leads to pest infestations and diseases common during the dry season,” said Shuib, who has more than 30 years of experience in padi planting.

Another padi farmer, Abdul Kadir Ismail, 68, from Kuala Nerang, said besides pest infestations, rats and brown hoppers (bena perang) could pose serious problems.

“Brown hoppers thrive in warm and humid conditions, which promote their rapid reproduction.

“They can damage rice plants, significantly affecting both quality and yield,” he said.

According to the Malaysian Meteorological Department, while hot weather is expected until mid-march, the situation is not as severe as last year.

Temperatures may exceed 35°C in the early afternoon during this period.

Kedah health committee chairman Mejar (Rtd) Mansor Zakaria said the public is advised to avoid being outdoors during peak heat hours, or from 11am to 4pm.

He urged individuals to seek immediate medical attention if they experience symptoms of heat-related illnesses, such as headaches, fatigue, dizziness, muscle weakness, cramps, nausea or confusion.

Public health expert Dr Rahayu Hami from Universiti Sains Malaysia (USM) warned that workers such as field labourers and padi farmers are at risk of heat exhaustion, heatstroke and dehydration.

“Stay hydrated and drink water regularly, even if you’re not thirsty. “Avoid caffeinated and sugary drinks, as they can lead to dehydration,” she said.

She also said these workers should take breaks every 30-45 minutes in the shade. “Farmers should look out for signs of heat stress in each other.

“If someone feels dizzy or weak, get them to rest in the shade immediately,” she said.

USM family medicine specialist Dr Mastura Mohd Sopian said the public, especially students, should limit outdoor activities and avoid exercising in the heat.

“Wear comfortable clothing and apply sunscreen when outside,” she said.

In Penang, temperatures ranged from 25°C to 31°C, with the public advised to stay hydrated and prepared for sudden weather changes.

Yesterday, there were scattered thunderstorms in the morning, with conditions becoming more widespread in the afternoon and hitting a high near 32°C.

 

'Air terlalu laju, saya sempat berpaut pada sofa'

JELEBU - Seorang warga emas terselamat selepas tersedar daripada tidur gara-gara terhidu bau lumpur dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sepri di sini pada Rabu.

Detik cemas selama 30 minit itu dikongsikan Zaidah Zainal, 72, yang kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) D'Sury Kuala Klawang.

Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri di rumah sebelum terjaga daripada tidur pada jam 3 pagi dan terhidu bau lumpur.

"Ketika hendak turun dari katil, saya terkejut apabila air sudah mencecah paras pinggang lalu bergegas menyelamatkan beberapa dokumen penting dan ubat-ubatan.

"Air masuk ke dalam rumah sangat laju sehingga mencecah paras dada menyebabkan saya berpaut pada sofa sebelum diselamatkan penduduk kampung tidak lama selepas itu," katanya yang memaklumkan ia merupakan kejadian banjir kedua dialami selepas kali pertama pada 2021.

Sementara itu kakitangan awam, Rahmat Abd Rahman, 54, dari Taman Bandar Tinggi berkata, dia bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Semasa kejadian anggaran jam 2 pagi yang mana rumah saya dengan beberapa kediaman penduduk di taman ini terjejas, air dan lumpur memasuki rumah sehingga paras lutut," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah PPS dibuka di Jelebu pada jam 3 pagi bagi menempatkan 51 mangsa daripada 11 keluarga terjejas akibat banjir kilat.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim, mereka terdiri daripada sembilan warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak serta dua bayi dari Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi.

Katanya, hujan lebat sejak 10 malam Selasa mengakibatkan banjir kilat di kawasan terlibat dengan ada rumah dinaiki air hingga paras pinggang.

Operasi menyelamatkan mangsa banjir melibatkan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam, bomba (10), polis (tiga), Jabatan Kebajikan Masyarakat (lima) dan wakil Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (dua).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search