OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di Perak pulih sepenuhnya jam 2 petang tadi

Banjir di Perak pulih sepenuhnya jam 2 petang tadi

IPOH: Situasi banjir di negeri ini pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kampar, pada jam 2 petang tadi.

Pegawai Daerah Kampar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Kampar, Nazrul Fazami Mohamad berkata keputusan itu hasil pemantauan bersama pelbagai agensi yang mendapati keadaan lokasi terbabit sudah selamat dan semua mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Saya memaklumkan penutupan PPS di Dewan Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang berkuat kuasa pada 2 Oktober 2024, Rabu mulai 2 petang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan adalah satu-satunya PPS dibuka di negeri ini sejak dua hari lepas, berikutan hujan lebat yang mengakibatkan kawasan Kampung Batu 20 dan Kampung Baru, Kuala Dipang serta Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar dinaiki air, melibatkan keseluruhan 16 orang daripada lima keluarga.

- BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search