Harap benih awan tingkat paras air
- Admin UKK
- Berita
Naikan kembali takungan air di kawasan empangan ini.
“Jika paras air di Tasik Pedu ini menyusut lagi, ia akan menampakkan tanah perkuburan lama yang sebelum ini ditenggelami air, kalau tidak ada hujan lepas ni mungkin boleh nampaklah,” katanya.
Sementara itu, bagi Nadia Farhana Mohd
Raznan, 37, yang berkunjung ke Tasik Pedu untuk melihat keadaan terkini, terkejut paras air semakin susut berbanding
“Kita perlu risau juga sebab empangan ini menakung air untuk kegunaan domestik dan pertanian”
dua minggu lepas.
“Saya harap OPA hari ini berjaya, walaupun ramai seronok lihat empangan kering tapi kita perlu risau juga sebab empangan ini menakung air untuk kegunaan domestik dan pertanian.
“Saya lihat ada pesawat berlegar-legar 15 minit, cuaca hari ini nampak redup, saya harap pembenihan awan berjaya dan hujan turun berterusan untuk bantu tingkatkan paras air di empangan,” katanya yang berasal dari Alor Setar.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan OPA di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula kelmarin.
Beliau berkata, operasi bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk pertanian dan air domestik.
Berdasarkan tinjauan di Tasik Pedu kelmarin, kelihatan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlegar di ruang udara dipercayai melakukan OPA jam 1.50 tengah hari kelmarin.
Tasik Pedu menempatkan Empangan Pedu hanya berjarak 10 kilometer dari Tasik Gubir yang menempatkan Empangan Muda.
Dalam pada itu, laman web Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menyatakan paras takungan tiga empangan utama dikendalikan lembaga itu iaitu Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning berada pada tahap 45 peratus berbanding 47 peratus Khamis lepas.
Mada sebelum ini dalam kenyataan memaklumkan takungan di ketiga-tiga empangan itu masih dikategorikan sebagai normal dan tinggi jika dibandingkan dengan rekod terendah pernah dicatat sebelum ini.