๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐ | ๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyertai Eksesais Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa Siri 12AB/2026 (LATGABMA MALINDO DARSASA 12AB/2026) yang berlangsung di Wilayah Lampung, Sumatera Selatan, Indonesia. Latihan selama 12 hari ini melibatkan 719 peserta daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi awam kedua-dua negara. NADMA diwakili oleh Lt Kol Bersekutu (PA) Dr. Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Mej Wazirudin bin Mahfot, Ketua Penolong Pengarah SPeO.
ย
Berteraskan konsep ๐๐ถ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ช๐ต๐ข๐ณ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ด๐ด๐ช๐ด๐ต๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ ๐ข๐ฏ๐ฅ ๐๐ช๐ด๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ฆ๐ง (๐๐๐๐),latihan ini menguji kesiapsiagaan dan koordinasi tindak balas terhadap senario gempa bumi dan tsunami melalui pelbagai komponen latihan termasuk Staff ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐๐๐๐๐) ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ช๐ฆ๐ญ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ ๐๐น๐ฆ๐ณ๐ค๐ช๐ด๐ฆ (๐๐๐). Dalam sesi STAFFEX, NADMA turut berkongsi pengalaman Malaysia berkaitan mekanisme pengurusan bencana dan penyelarasan pelbagai agensi.
ย
Penyertaan NADMA mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan interoperabiliti awam-ketenteraan serta memperkasa kesiapsiagaan menghadapi bencana rentas sempadan selaras dengan aspirasi kerjasama ASEAN.
