MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KEPADA PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA (PPKB) SMK MATANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU
- Faiz
- Program dan Aktiviti
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KEPADA PUSAT PEMINDAHAN KEKAL BENCANA (PPKB) SMK MATANG, HULU TERENGGANU, TERENGGANU | 4 JANUARI 2026
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kepada Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) SMK Matang, Hilu Terengganu, Terengganu. Penyerahan PPKB telah disempurnakan Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA dan YBhg. Datuk Wan Hashim Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia.
PPKB SMK Matang adalah projek yang ke-3 selepas 2 PPS di Kota Tinggi, Johor yang telah dinaik taraf untuk dijadikan PPKB. Projek PPKB ini menelan belanja sebanyak RM950,000.00 dan telah disiapkan oleh pihak JPN Terengganu dalam masa 3 bulan pembinaannya bagi menghadapi MTL 2025/2026. PPKB ini berkemampuan menampung sekurang-kurangnya 500 mangsa dalam satu-satu masa pastinya dapat memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa bencana.
PPKB yang dibina di seluruh negara mengambil kira dwi konsep iaitu sebagai pusat pemindahan semasa bencana dan boleh menjadi pusat aktiviti bagi sekolah atau komuniti setempat pada keadaan biasa.
NADMA terus komited dalam menyediakan kemudahan tersebut dan kerjasama yang baik bersama JPBN dan KPM bagi mengenal pasti PPS yang bersesuaian untuk dinaik taraf dijadikan PPKB pada masa hadapan. Ketua Pengarah NADMA juga turut berkesempatan melawat State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Terengganu yang telah siap dan beroperasi sepenuhnya bagi MTL 2025/2026. Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu projek infrastruktur baharu, tetapi yang lebih penting adalah fungsi SDCC ini sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlaku bencana.
Turut hadir menyaksikan simbolik penyerahan PPKB ini ialah Dato’ Ab Rasid Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Terengganu, Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Pengarah JPN Terengganu, Pengarah APM Terengganu, Pengarah JKM Terengganu, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu.
