Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Pengendalian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 25 hingga 30 Mei 2025 | Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan ke atas (10) Peraturan Tetap Operasi (PTO) dan (3) Garis Panduan untuk digunapakai dalam pengurusan bencana negara.
Antara senarai PTO dan Garis Panduan yang disemak dalam bengkel ini adalah Bencana Banjir, Bencana Industri, Bencana Kebakaran/Pembakaran Terbuka dan Jerebu, Bencana Petrokimia, Bencana Gempa Bumi, Bencana Tsunami, Bencana Kemarau, Bencana Nuklear dan Radiologi, Bencana Angkasa, Bencana Tanah Runtuh, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Pos Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Komunikasi Bencana.
Bengkel ini disertai seramai (45) orang peserta mewakili (26) jabatan/agensi yang mempunyai peranan masing-masing dalam pengurusan dan pengurangan risiko bencana. Bengkel ini diterajui oleh YBhg. DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi dan turut disertai oleh YBrs. Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi dengan sokongan pasukan urusetia. Selain itu, (5) orang pegawai daripada Bahagian Dasar dan Pasca Bencana NADMA juga turut serta sepanjang bengkel ini berlangsung.