OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut: Remaja cedera, kereta rosak dihempap pokok

Ribut: Remaja cedera, kereta rosak dihempap pokok

BACHOK: Seorang remaja lelaki cedera ringan selain beberapa kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok ru dalam kejadian ribut semasa hujan lebat di sebuah pusat peranginan di Kemasin di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun yang dihempap dahan pokok ru dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ibrahim Mohd. Rohni berkata, remaja terbabit dipercayai berada di kawasan berkenaan sebelum dihempap pokok tersebut.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebatang pokok ru tumbang menghempap beberapa kenderaan milik pengunjung yang berada di kawasan berkenaan.

“Remaja yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan sebelum dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Ibrahim memberitahu, pihaknya kemudian melakukan kerja memotong pokok yang tumbang dengan menggunakan dua unit gergaji rantai.-UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search