OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

Mesyuarat Khas Penyelarasan Pengurusan Bencana Banjir

Mesyuarat Khas Penyelarasan Pengurusan Bencana Banjir | 4 Disember 2024 | Bilik Mesyuarat Pasukan SMART
 
Telah berlangsung Mesyuarat Khas Penyelarasan Pengurusan Bencana Banjir yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil Pejabat YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri 1, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA dan Pengarah-Pengarah Seksyen NADMA.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini situasi banjir semasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana. Maklumat ini penting dalam membuat perancangan keperluan atur gerak Skuad Ihsan MADANI bagi membantu kerja-kerja pasca bencana di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana.
 
YBhg. Tan Sri KSN juga menyampaikan pesanan agar jentera kerajaan giat menguar-uarkan usaha pengoperasian bencana yang telah dilaksanakan di lapangan untuk pengetahuan masyarakat, sekaligus memberi imej yang baik kepada kerajaan. Mesyuarat ini diakhiri dengan tinjauan beliau dan ahli mesyuarat ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search