NIBONG TEBAL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta semua kerajaan negeri untuk memberikan keutamaan dalam menyelesaikan masalah rakyat, selain memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keutamaan perlu diberikan kepada penyelesaian masalah membabitkan kemiskinan tegar, isu banjir dan perumahan bagi memenuhi keperluan rakyat di negara ini.
“Kalau tanya saya apakah keutamaan selain infrastruktur, saya kata selesaikan masalah kemiskinan tegar (dan) masalah banjir.
“Takkan tiap-tiap tahun banjir, (negara) merdeka dah hampir 70 tahun tetapi banjir setiap tahun dan tidak ada langkah-langkah yang cepat dan berani,” kata beliau berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Negeri Peringkat Pulau Pinang di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara di sini hari ini.
Projek pembinaan 35,000 unit kediaman dengan nilai pembangunan kasar RM13 bilion di Pulau Pinang itu, bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, dewan serba guna dan taman permainan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Anwar juga berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama dan sokongan kepada keputusan kerajaan untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Ini termasuk cadangan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula pada tahun hadapan, bagi memperkukuh penguasaan dalam bidang berkenaan.
Perdana Menteri berkata meskipun perubahan tersebut tidak disukai ramai pihak termasuk ibu bapa, namun ia perlu dilaksanakan bagi mendepani permintaan industri terhadap pekerja terlatih khususnya dalam bidang berteknologi tinggi.
“Kalau buat rayuan atau tuntutan, kita tak (akan) layan kerana negara (akan) kalah. Kita bawa Infineon, NVIDIA, Arm (Limited) Microsoft, Google ke negara, tetapi anak-anak yang terlatih adalah terbatas,” kata beliau.
Terdahulu, Majlis Berbuka Puasa MADANI di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah itu dihadiri lebih 1,500 hadirin.
Role of social workers in child safety
- Admin UKK
- Berita
IT is midnight in Rantau Panjang, Kelantan. Ten-year-old Ameera finds herself surrounded by water. The floods have crept into the house that is built three feet above ground.
Her father, Abe Ha, keeps watch as the levels rise. Outside, it reaches his chest. He urges Ameera, her sister and mother into a sampan. It is time to seek shelter. They push off – leaving the monsoon rains to once again claim the family’s belongings and home.
Ameera’s story is a stark reminder of the escalating climate disasters facing Malaysia. While many anticipate new beginnings each year, families like Ameera’s hope simply for a return to normalcy.
However, the devastation worsens. In December 2024, six months’ worth of rain fell in five days, causing floods that displaced over 90,000 people.
Children at risk
Disasters expose children to heightened risks of violence, abuse and exploitation. Forced from their homes, they lose safety, education and healthcare.
Parents’ job losses can push them into labour, early marriage or trafficking. During the 2024 floods, at a school that was used as a temporary relief centre in Kota Baru, Kelantan, a 23-year-old male construction worker raped a 15-year-old girl – they got acquainted at the centre.
Cases like this have severe social, physical and emotional impacts, requiring a comprehensive response. Protecting children in these situations is crucial.
Social workers are the backbone of disaster response. This year’s Asean Social Work Day underlines the importance of social workers for climate resilience and response.
When crisis strikes, they are the ones ensuring that children are protected, families find shelter and those in distress receive the help they need to rebuild.
In disaster-prone areas, the shortage of social workers is a glaring issue. Currently, the ratio of child protectors to children stands at a staggering one to 108.
However, there is hope on the horizon. The minister of Women, Family and Community Development has pledged to reduce this ratio to one to 30 by 2026.
This commitment is a crucial step towards ensuring that our children receive protection and support during times of crisis.
Social workers provide vital support, including psycho-social aid, community engagement and harm prevention, particularly for children and women. They build resilient communities, ensuring the vulnerable are supported.
The government must prioritise their recruitment and training as it is an essential component of climate resilience.
Strengthening workforce
Unicef Malaysia, in close partnership with the Malaysian Association of Social Workers, has been advocating for the professionalisation of social work.
The Social Work Profession Bill, expected to be tabled in Parliament this July should include statutory provisions for a clear definition of the social service workforce, common standards for all social workers and robust regulation and accreditation systems.
We hope that the passing of the bill will further recognise the importance of social workers, the need to strengthen their capacity and bring awareness to their important role in building resilience.
The upcoming regional guidance for Asean member states on the role of social workers and the wider social service workforce in disaster risk reduction and climate resilience will further highlight their importance in disaster preparedness.
As 2025 Asean chair, Malaysia should leverage this guidance to align its social work framework with regional leaders like Thailand and Singapore.
Time to act is now
The time for decisive action is now. Malaysia has the opportunity to demonstrate leadership in ensuring that no child is left behind in the face of climate challenges. Unicef
is prepared to support in this important endeavour.
By prioritising the training of social workers, integrating their expertise into disaster response strategies and placing child protection at the forefront of national policies, Malaysia can build a resilient future for every child.
Robert Gass is a representative of Unicef in Malaysia.
BANGKOK – Sebanyak lima tan bangkai ikan tilapia dagu hitam dibuang di hadapan pejabat kerajaan Thailand bagi menuntut Perdana Menteri menangani masalah lonjakan populasi spesies invasif tersebut, lapor portal berita Thai PBS World semalam.
Kumpulan aktivits itu berasal dari 19 wilayah termasuk Songkhla, Nakhon Si Thammarat, Samut Songkhram dan Samut Sakhon.
Mereka berkata, kehadiran dan lonjakan populasi ikan tersebut mencerminkan bencana alam sekitar paling teruk dalam sejarah Thailand.
Demonstrasi tersebut meninggalkan bau busuk selepas mereka dihalang masuk oleh anggota polis di pekarangan bangunan.
Sebelum ini, mereka pernah menuntut sebuah jawatankuasa untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengimport spesies tilapia dagu hitam serta penghapusan ikan itu dari negara dalam tempoh setahun.
Menurut portal Animal Diversity Web, tilapia dagu hitam dikenali sebagai spesies invasif berasal dari rantau Afrika Barat.
Ia mampu membiak setiap 22 hari, di mana ikan betina mampu melahirkan sebanyak 900 telur pada setiap kitaran. – AGENSI
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan ratusan ribu penduduk dunia terpaksa berpindah akibat bencana iklim tahun lalu, sekali gus menekankan keperluan mendesak diwujudkan sistem amaran awal global.
Menurut laporan tahunan Keadaan Iklim Global yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), negara miskin paling teruk terjejas akibat taufan, kemarau, kebakaran hutan dan bencana lain.
Namun, negara kaya juga tidak terlepas daripada kesan bencana, tambah WMO merujuk kepada banjir di Valencia, Sepanyol yang meragut 224 nyawa, selain kebakaran besar di Kanada dan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa lebih 300,000 orang berpindah demi keselamatan.
WMO berkata, jumlah rekod pelarian akibat bencana iklim itu adalah berdasarkan data Pusat Pemantauan Perpindahan Antarabangsa (IDMC) yang mengumpul maklumat mengenai perkara itu sejak 2008.
Di Mozambique, kira-kira 100,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat Taufan Chido.
"Sebagai tindak balas, WMO dan masyarakat global sedang mempergiatkan usaha untuk memperkukuh sistem amaran awal serta perkhidmatan iklim," kata Ketua WMO, Celeste Saulo.
WMO menyasarkan semua penduduk dunia harus dilindungi oleh sistem itu menjelang akhir 2027.
"Kita sedang mencapai kemajuan tetapi perlu bergerak lebih jauh dan pantas. Hanya separuh daripada negara di dunia mempunyai sistem amaran awal yang mencukupi," kata Saulo.
Seruan itu dibuat dua bulan selepas kembalinya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memandang remeh terhadap isu perubahan iklim.
Pentadbiran Trump menjadikan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) iaitu agensi utama AS bertanggungjawab ke atas ramalan cuaca, analisis iklim dan pemuliharaan marin, sebagai sasaran, dengan ratusan saintis serta pakar dilepaskan daripada jawatan mereka.
Saulo menegaskan bahawa pelaburan dalam perkhidmatan cuaca, air dan iklim kini lebih penting berbanding sebelum ini bagi membina komuniti yang lebih selamat serta berdaya tahan. - AFP
SERIAN, 19 Mac: Kerajaan Sarawak memperuntukkan lebih RM 1.3 juta untuk menyediakan wang ringgit dan juga barang makanan kering yang dihulurkan kepada mangsa banjir di Bahagian Serian s pada 28 Januari hingga 6 Febuari lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata sebanyak 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tdibuka kepada mangsa dalam mushibah berkenaan.
Menurutnya lebih RM 729,000 dihulurkan dalam bentuk wang tunai kepada 2,700 penerima yang mewakili 834 keluarga yang terkesan akibat banjir tersebut.
“Manakala kesemua 44 buah kampung terputus hubungan telah diserahkan bantuan makanan kering dengan jumlah keluarga yang menjadi mangsa sebanyak 13,521 orang. Bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM 584,041.
“Di kesempatan ini, pihak jabatan juga mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat dibahagian Serian secara langsung mahupun tidak langsung bagi membantu dan berkerjasama dengan pihak jabatan semasa musibah bencana banjir yang lalu,
Mohammad Razi berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 yang berlangsung di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian pada Rabu.
Dalam majlis sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu turut menyampaikan bantuan inisiatif Kerajaan Sarawak dan bantuan sekaligus.
Antara bantuan tersebut adalah bantuan kerusi roda, kad oku, bantuan sekolah, bantuan alat tiruan/sokongan selain hamper dan duit raya berjumlah RM 180 kepada lebih 100 penerima yang terdiri dari kalangan warga emas dan golongan berpendapatan rendah (B40).
Hadir sama ADUN Bukit Semuja John Ilus dan Wakil Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Geoffrey Ramji-TVS.