KUALA LUMPUR: The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a thunderstorm warning for 11 states in the peninsula and parts of Sarawak.
The advisory, issued at 7.45am today, is in effect until 10am.
Affected areas in the peninsula include Perlis, Kedah, Penang, and Perak — specifically the districts of Kerian, Larut, Matang and Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar and Bagan Datuk.
In Kelantan, the warning covers Kota Baru, Bachok and Pasir Puteh, while in Terengganu, it includes Besut, Setiu, Kuala Nerus and Kuala Terengganu.
Several areas in Selangor — Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat and Sepang — are also affected, along with the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya.
In Negri Sembilan, Seremban, Port Dickson and Rembau are affected, as well as the whole of Melaka.
In Sarawak, the affected areas are Sibu (Selangau), Mukah (Dalat and Mukah), and Bintulu (Tatau and Bintulu).
MetMalaysia advises the public to remain alert and take precautions during heavy rain and thunderstorms.
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Awam, Kecemasan dan Pengurusan Bencana Alam Rusia (EMERCOM) dalam meneroka potensi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi operasi tindak balas kecemasan serta pemadaman kebakaran.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata Rusia mempunyai teknologi yang hebat khususnya penggunaan AI oleh EMERCOM untuk meramalkan insiden, mengurus sumber dan melakukan analisis risiko.
“Kami (JBPM) sangat berminat untuk mempelajari kemajuan Rusia dalam menggunakan AI dan robotik dalam operasi kebombaan dan penyelamatan. Penggunaan AI oleh EMERCOM untuk meramalkan insiden, mengurus sumber dan menganalisis risiko amat relevan dan memberi inspirasi kepada kami.
“Seiring dengan transformasi digital kami, bermula dengan projek perintis C4I iaitu Command, Control, Communications, Computers and Intelligence. Kami sedang meneliti untuk memanfaatkan sistem pintar, pesawat tanpa pemandu, pemodelan ramalan dan pemantauan dikuasakan AI untuk pengawasan masa nyata dalam operasi pemadaman kebakaran dan pengurangan risiko bencana,” katanya.
Nor Hisham berkata JBPM juga berhasrat untuk mempelajari sistem keselamatan kebakaran canggih khususnya potensi penggunaan sistem keselamatan kebakaran Rusia di negara ini.
“Terdapat satu jenama terkenal yang telah tersedia iaitu Pyrogen, yang menyediakan penyelesaian berasaskan aerosol seperti Sistem Pemadaman Kebakaran Aerosol EXA dan Sistem Pemadaman Serbuk Impuls IPEX.
“Kami percaya terdapat banyak potensi untuk diteroka dalam bidang ini terutama dalam membawa masuk teknologi dan produk baharu yang boleh membantu memperbaiki sistem pemadaman kebakaran dan keselamatan di seluruh negara,” katanya.
Nor Hisham turut mengimbau kerjasama antara JBPM dengan Rusia yang bermula pada 1988 menerusi penubuhan Bahagian Udara JBPM dan pemerolehan dua helikopter Mi-17 buatan Rusia.
“Sejak itu, kedua-dua helikopter ini telah memainkan peranan penting dalam operasi pemadaman serta operasi mencari dan menyelamat kami. Ketika Bahagian Udara kami mula ditubuhkan, kami juga menghantar anggota bomba kami ke Rusia untuk latihan penerbangan dan penyelamatan udara.
“Pada masa ini, kami memiliki 29 juruterbang terlatih dengan 22 daripadanya bertauliah untuk mengendalikan dua helikopter Mi-17 dan dua Mi-171,” katanya.
19 JUN 2025 - DELEGASI EMERCOM RUSIA ADAKAN LAWATAN KERJA KE MARKAS SMART
19 JUN 2025 - BERITA PERDANA - MOU MALAYSIA-RUSIA: PERKUKUH KERJASAMA PENGURUSAN BENCANA
- Admin UKK
- Berita
19 JUN 2025 - BERITA PERDANA - MOU MALAYSIA-RUSIA: PERKUKUH KERJASAMA PENGURUSAN BENCANA
19 JUN 2025 - BP - PERKUKUH REPUTASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA: SMART DIPILIH SEBAGAI MENTOR RUSIA
- Admin UKK
- Berita
