OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

5 tan tilapia dilonggok depan pejabat kerajaan

5 tan tilapia dilonggok depan pejabat kerajaan

BANGKOK – Sebanyak lima tan bangkai ikan tilapia dagu hitam dibuang di hadapan pejabat kerajaan Thailand bagi menuntut Perdana Menteri menangani masalah lonjakan populasi spesies invasif tersebut, lapor portal berita Thai PBS World semalam. 

Kumpulan aktivits itu berasal dari 19 wilayah termasuk Songkhla, Nakhon Si Thammarat, Samut Songkhram dan Samut Sakhon.

Mereka berkata, kehadiran dan lonjakan populasi ikan tersebut mencerminkan bencana alam sekitar paling teruk dalam sejarah Thailand.

Demonstrasi tersebut meninggalkan bau busuk selepas mereka dihalang masuk oleh anggota polis di pekarangan bangunan. 

Sebelum ini, mereka pernah menuntut sebuah jawatankuasa untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengimport spesies tilapia dagu hitam serta penghapusan ikan itu dari negara dalam tempoh setahun. 

Menurut portal Animal Diversity Web, tilapia dagu hitam dikenali sebagai spesies invasif berasal dari rantau Afrika Barat.

Ia mampu membiak setiap 22 hari, di mana ikan betina mampu melahirkan sebanyak 900 telur pada setiap kitaran. – AGENSI

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search