OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Banjir di Sarawak bertambah buruk, bilangan mangsa semakin bertambah

KUCHING: Seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 pusat perlindungan sementara (PPS) sehingga jam 7 pagi ini.

Peningkatan itu susulan pembukaan satu lagi PPS mangsa banjir di Sibu petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,264 daripada 3,570 adalah mangsa banjir yang berlindung di 62 PPS.

Selain itu, 169 daripada 39 keluarga adalah mangsa tanah runtuh yang kini berlindung di tiga PPS manakala 37 daripada sembilan keluarga pula adalah mangsa kebakaran rumah panjang yang kini menghuni satu PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di sebahagian Sarawak hari ini.

Ia membabitkan bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Meradong dengan hujan berterusan dijangka berlaku.

 

Banjir di Sarawak: Mangsa meningkat kepada lebih 12,000

Kuching: Seramai 12,470 orang daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di pusat perlindungan sementara (PPS) mangsa bencana sehingga 7 pagi ini.

Peningkatan itu susulan pembukaan satu lagi PPS mangsa banjir di Sibu, petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, 12,264 orang daripada 3,570 keluarga adalah mangsa banjir yang berlindung di 62 PPS.

Selain itu, 169 orang daripada 39 keluarga adalah mangsa tanah runtuh yang kini berlindung di tiga PPS, manakala 37 orang daripada sembilan keluarga pula adalah mangsa kebakaran rumah panjang yang kini menghuni satu PPS.

 
 

FLOODS EASE UP IN SABAH, SARAWAK

THE flood situation in Sabah and Sarawak seems to be improving, but thousands still remain at temporary relief centres (PPS) in both states.

However, there is no telling how many more could be affected, with Deputy Sarawak Premier Datuk Douglas Uggah Embas lamenting that many people were reluctant to be evacuated.

Speaking in Kuching, he urged people to evacuate if instructed to do so by the Sarawak Disaster Management Committee, as this was for their own safety and that of their loved ones.

“They are still waiting, but their lives could be endangered if the floods worsen. That’s why we are advising affected residents to evacuate immediately.

“Authorities such as the police, fire department, and military personnel must also convince them to evacuate.

“The police have also been instructed to monitor flood-affected villages to prevent any untoward incidents,” Bernama reported him as saying after visiting the PPS at Dewan Masyarakat Serian here.

Uggah, who chairs the committee, reminded PPS leaders to monitor flood victims’ condition closely.

Anyone who develops a fever should inform the on-duty health personnel for immediate treatment.

On the standard operating procedures (SOP) at PPS, Uggah said pets are not allowed as they may carry diseases that could infect humans.

“I am confident that their family members can take care of the pets or place them in a safe location before moving to the PPS,” he added.

As of 4pm yesterday, the number of people affected in Sabah stood at 4,276 victims from 1,449 families.

Currently, 33 temporary evacuation centres are operating in nine districts in Sabah.

In Sarawak, 3,130 victims from 885 families remain at 41 relief centres in six districts in the state.

At the same time the day before, there had been a total of more than 10,000 evacuees in both states.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat

Kuala Lumpur: Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu dengan 15,015 mangsa berbanding 11,886 orang malam kelmarin.

Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga pagi semalam berbanding 7,503 orang daripada 2,096 keluarga malam kelmarin.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam PPS, diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga ditempatkan di 15 PPS.

Di Selangau, seramai 900 mangsa daripada 226 keluarga masih berlindung di empat PPS, di Tatau mencatatkan 1,353 mangsa daripada 393 keluarga di tiga PPS dan di Kuching, seramai 475 mangsa daripada 153 keluarga berlindung di tiga PPS.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,617 orang daripada 1,899 keluarga setakat jam 8 pagi semalam berbanding 4,383 orang daripada 1,475 keluarga malam kelmarin. Sekretariat Jawatankuasa

Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak kini berjumlah 15,015 orang.

Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan sebanyak 39 PPS dibuka di 10 daerah, dengan Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 orang daripada 1,090 keluarga.

Daerah lain yang terjejas ialah Pitas dengan 768 mangsa (261 keluarga), Lahad Datu 443 mangsa (121 keluarga), Telupid 413 mangsa (110 keluarga), Kota Belud 301 mangsa (88 keluarga), Paitan 274 mangsa (99 keluarga), Beluran 195 mangsa (60 keluarga), Sandakan 118 mangsa (28 keluarga), Beaufort 107 mangsa (29 keluarga), dan Tongod 54 mangsa (13 keluarga).

Menurut laporan itu, trend pemindahan mangsa di Kota Marudu, Pitas dan Paitan menunjukkan peningkatan.

BUAYA ANCAMAN BOMBA

Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya mengambil langkah berwaspada dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dalam mengendalikan situasi berkenaan.

Beliau berkata, walaupun pasukan penyelamat menemukan kelibat buaya di kawasan terbabit, ia tidak mematahkan semangat anggota menghulurkan bantuan dan memindahkan mangsa banjir ke tempat lebih selamat.

“Kami sentiasa memantau pergerakan buaya di kawasan operasi. Keselamatan anggota penyelamat dan mangsa keutamaan kami. Kerjasama dengan JHL Sabah dan APM amat penting kerana mereka mempunyai kepakaran dalam mengendalikan hidupan liar.

“Ada rasa takut, tetapi kami terus lakukan (beri bantuan dan menyelamat) kerana mahu mangsa banjir selamat,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini (kelmarin), dengan 316 mangsa daripada 84 keluarga dipindahkan di tiga PPS di Lahad Datu.

Sumsoa berkata, operasi menyelamat diteruskan terutama kawasan terjejas teruk di Kampung Sepadulang, Segama walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk laluan terputus dan keperluan menarik bot secara manual di kawasan yang tidak ditenggelami air.

Sementara itu, jurucakap JHL Sabah mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada sepanjang musim hujan dan banjir besar, terutamanya terhadap kemungkinan kehadiran reptilia terbabit. “Keadaan paras air semakin naik akibat hujan berterusan meningkatkan kemungkinan kehadiran buaya di kawasan dekat sungai dan parit termasuk

“Kami sentiasa memantau pergerakan buaya di kawasan operasi Sumsoa Rashid parit besar di kawasan perumahan dan longkang.

“Orang ramai dinasihatkan mengelakkan diri berada di sekitar kawasan berisiko dan jangan melalui atau bermain di kawasan parit besar, tepi sungai atau bermandi-manda di kawasan rumah semasa hujan lebat atau banjir,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh terus menghubungi talian JHL Sabah di 089-561527, atau talian terus pasukan JHL Sabah di Lahad Datu di 089-551121 bagi sebarang kecemasan mengenai buaya atau hidupan liar lain.

Seorang mangsa banjir Dony Diansoy, 48, berkata, walaupun kejadian banjir sering berlaku di Lahad Datu, kali ini situasi lebih serius air melebihi paras pinggang, menyebabkan mereka memerlukan bantuan pasukan bomba.

“Berbanding banjir sebelum ini yang hanya mencecah paras lutut, kali ini keadaan lebih membimbangkan kerana hujan berterusan dan air naik dengan cepat pada waktu malam. Keselamatan keluarga menjadi keutamaan, terutamanya dengan kehadiran buaya di kawasan ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas pasukan penyelamat yang menyelamat dan memindahkan dia sekeluarga ke PPS.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search