Banjir di Sarawak: Mangsa meningkat kepada lebih 12,000
- Admin UKK
- Berita
Kuching: Seramai 12,470 orang daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di pusat perlindungan sementara (PPS) mangsa bencana sehingga 7 pagi ini.
Peningkatan itu susulan pembukaan satu lagi PPS mangsa banjir di Sibu, petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, 12,264 orang daripada 3,570 keluarga adalah mangsa banjir yang berlindung di 62 PPS.
Selain itu, 169 orang daripada 39 keluarga adalah mangsa tanah runtuh yang kini berlindung di tiga PPS, manakala 37 orang daripada sembilan keluarga pula adalah mangsa kebakaran rumah panjang yang kini menghuni satu PPS.