Sesi Libat Urus dan Lawatan Tapak Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) Aliran Puing dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Kawasan Berisiko Bencana Geologi di Sekitar Gunung Kinabalu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Libat Urus dan Lawatan Tapak Projek Pemasangan Sistem Amaran Awal (EWS) Aliran Puing dan Penanda Aras Pergerakan Sesar (PAPS) di Kawasan Berisiko Bencana Geologi di Sekitar Gunung Kinabalu | 13 hingga 15 Mei 2025 | Sabah
Telah berlangsung sesi libat urus bersama komuniti di kawasan Ranau dan Kota Belud berkenaan projek pemasangan EWS dan PAPS di kawasan berisiko bencana geologi di sekitar Gunung Kinabalu. Sesi libat urus ini bertujuan untuk memaklumkan komuniti di kawasan terlibat mengenai inisiatif kerajaan melalui NADMA dan dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama SKN Sabah akan projek ini agar tiada isu berbangkit semasa proses pemasangan.
Selain itu, komuniti dapat bersiap sedia dengan sistem yang akan dibangunkan dan boleh beradaptasi apabila dipasang kelak. Pemasangan ini juga antara lain bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi tindak balas dan komuniti setempat dalam usaha mengurangkan impak bencana geologi. Sesi lawatan tapak disekitar Sungai Mesilou dan Panalaban ini turut dilaksanakan untuk memastikan kawasan adalah strategik dan bersesuaian mengikut pemetaan geologi kejuruteraan, analisis dan pemodelan bahaya yang dibuat.
Sesi libat urus dan lawatan tapak ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan diiringi oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi serta para pegawai daripada Seksyen Mitigasi NADMA.
Bengkel Pemantapan ‘Inter-Agency Emergency Operations Centre Network’ (iNET)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Pemantapan ‘Inter-Agency Emergency Operations Centre Network’ (iNET) | 13 hingga 15 Mei 2025 | Kuala Lumpur
Telah berlangsung Bengkel Pemantapan ‘Inter-Agency Emergency Operations Centre Network’ (iNET) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Sekretariat ASEAN. Objektif bengkel ini adalah untuk mengukuhkan sistem amaran awal antara Emergency Operations Centre (EOC). Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Seksyen Penyelarasan Operasi telah mewakili NADMA dalam bengkel tersebut yang turut dihadiri oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). NDCC telah dijemput untuk membentangkan Dashboard Pengurusan Bencana yang menjadi rujukan dan contoh kepada peserta bengkel.
Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2025 | 14 Mei 2025 | Wisma Sri Pahang, Kuantan
Sesi libat urus ini adalah langkah penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Pahang melalui pemantauan yang lebih rapi dan penyelarasan antara agensi.
Kunjungan Hormat Kedutaan Switzerland ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Kedutaan Switzerland ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) | 13 Mei 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Telah berlangsung sesi Kunjungan Hormat Kedutaan Switzerland ke NADMA yang dipimpin oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), NADMA bagi pihak Ketua Pengarah.
Delegasi Kedutaan Switzerland telah diketuai oleh H.E Ms Chantal Moser, Duta Switzerland ke Malaysia dan diiringi oleh pegawai-pegawai Kedutaan Switzerland, Mr. Ruben Begert, Penasihat Keselamatan Serantau, berpangkalan di Bangkok; Mr. Ralph A. Stamm, Kaunselor, Timbalan Perwakilan Switzerland di Kuala Lumpur dan Encik Norfitri bin Abdullah Sani, Pegawai Penghubung Konsular dan Pentadbiran Kedutaan Switzerland.
Tujuan sesi ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara NADMA dan Kedutaan Switzerland dalam pengurusan krisis dan bencana. Antara perbincangan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak ialah dari segi cadangan kerjasama dalam pengurusan bencana. NADMA telah memaklumkan hasrat untuk pengukuhan pasukan USAR kedua-dua negara antara MAS-01 dan SUI-01 melalui latihan bersama, pertukaran kepakaran teknikal dan perkongsian pengetahuan.
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), Puan Che Siti Noor binti Koh Poh Lee @ Che Mamat, Ketua Penolong Pengarah (SPeO) dan Encik Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan (SPeO).
Mesyuarat Penyelarasan dan Tinjauan ke Lokasi Pelaksanaan Pilot Project on Utilization of State-Of-Art Communication Technology for CBDRM and Disaster Emergency Management (ICT+CBDRM) Fasa 2
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan dan Tinjauan ke Lokasi Pelaksanaan Pilot Project on Utilization of State-Of-Art Communication Technology for CBDRM and Disaster Emergency Management (ICT+CBDRM) Fasa 2 | 8 & 9 Mei 2025 | Penampang, Sabah
Telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pilot Project on Utilization of State-of-Art Communication Technology for CBDRM and Disaster Emergency Management (ICT+CBDRM) Fasa 2 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Ag Shahminan bin Datuk Hj. Ag Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Pejabat Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu, Sabah.
Wakil ahli mesyuarat yang telah hadir dari pihak NADMA ialah terdiri daripada Tuan Ir. Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi, Tuan Ts, Abrar Noor Akramin, Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat, Puan Norbazliah binti Hashim, Penolong Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) serta para pegawai dari Seksyen Mitigasi.
Sesi mesyuarat ini turut melibatkan kehadiran wakil dari jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG Sabah), Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah (JPS Sabah), Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah (METMalaysia Sabah) serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di negeri Sabah.
Objektif mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan cadangan pelaksanaan projek kerjasama antara NADMA dan Asian Disaster Reduction Center (ADRC), Jepun: Utilisation of State-of-Art Communication Technologies for Community Based Disaster Reduction Management (CBDRM) and Disaster Emergency Management Fasa 2 di negeri tersebut.
Seterusnya, pihak NADMA turut berkesempatan untuk mengadakan sesi tinjauan lapangan ke beberapa kawasan hotspot banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Penampang, Sabah. Tujuan sesi tinjauan ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambaran awal berkenaan demografi lokaliti yang terdedah dengan risiko kejadian banjir di daerah Penampang bagi pelaksanaan projek kerjasama tersebut.