OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Pertama Pasukan SMART 2025 | 5 hingga 9 Mei 2025
 
Telah berlangsung sesi Pre-INSARAG External Reclassification (IER) Pertama Pasukan SMART 2025 yang diadakan di Markas Pasukan SMART sebagai tempat latihan operasi Search and Rescue (SAR) dan Taman Wetland, Putrajaya sebagai Base of Operation (BoO). Latihan ini merupakan salah satu proses persediaan kepada Pasukan MAS01 dalam menghadapi Pensijilan Semula INSARAG pada September 2026.
 
Latihan ini melibatkan latihan simulasi Operasi MyTeam Relief yang merupakan latihan berpusat bersama dengan ahli tetap OSCAR 1 yang juga terdiri daripada pasukan sahabat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam pelbagai kepakaran masing-masing. Penyatuan ini sangat penting terutamanya dalam memastikan sistem dan cara kerja pasukan adalah selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh INSARAG.
 
Pada sesi pre-IER kali ini amat bermakna kepada Pasukan SMART dengan kehadiran Mentor IER MAS01 daripada negara Australia iaitu Mr David Lewis dan Mr Tim Hassiotis yang berperanan penting dalam membimbing pasukan SMART dalam proses mendapatkan pengiktirafan pengauditan semula INSARAG External Reclassification (IER). Dengan kehadiran Mentor, Pasukan MAS01 ini juga dapat menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan Pasukan serta memastikan pematuhan kepada piawaian INSARAG. Mentor juga merupakan penghubung kepada Sekretariat INSARAG yang akan menentukan samada Pasukan MAS01 ini bersedia dalam menghadapi pensijilan semula INSARAG pada September 2026.
 
Pada hari terakhir lawatan mentor diadakan, sesi taklimat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Taklimat telah disampaikan oleh mentor yang memberi gambaran, ulasan dan cadangan secara menyeluruh dalam penambahbaikan pasukan. Mentor menyatakan secara keseluruhannya Pasukan MAS01 telah menunjukkan kesiapsiagaan serta latihan pengoperasian yang cemerlang dan hanya beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan kesemua 172 senarai semak/checklist INSARAG Classification dapat dipenuhi sepenuhnya.
Previous Next

Pameran Simposium Cerun Negara 2025 | 6 & 7 Mei 2025 | Everly Hotel, Putrajaya
 
Unit Komunikasi Korporat NADMA telah mengambil bahagian dalam Pameran Simposium Cerun Negara 2025 dengan membawakan elemen Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030, Arahan NADMA No. 1 dan juga Garis Panduan Pengurangan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti di reruai NADMA untuk hebahan kepada para pengunjung.
 
Selain itu, pengisian aktiviti lain adalah dengan membawakan perisian Virtual Reality (VR) untuk dicuba oleh para pengunjung. Mereka boleh merasakan sendiri pengalaman sebagai penyelamat dan memahami cara kerja penyelamatan serta pengendalian peralatan yang digunakan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika beroperasi di kawasan runtuhan bangunan.
 
YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turut mencuba VR ini ketika berkunjung ke reruai NADMA. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil NADMA atas penyertaan di dalam pameran kali ini.
Previous Next

Simposium Cerun Negara 2025 | 7 Mei 2025 | Everly Hotel, Putrajaya
 
Simposium Cerun Negara 2025 adalah sebuah inisiatif utama di bawah Pelan Induk Cerun Negara oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia dengan kerjasama strategik Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Simposium ini bertemakan "Way Forward - National Slope Master Plan".
 
Simposium ini bertujuan untuk mencapai matlamat pengurusan cerun negara yang mampan, mengoptimumkan seminar dan pameran sebagai platform perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik, serta memperkukuhkan kerjasama dan penyelarasan antara agensi. Simposium ini akan menampilkan pembentang-pembentang terkemuka yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga sektor swasta yang akan berkongsi kepakaran dan pengalaman khusus dalam pengurusan cerun termasuk pengurusan risiko bencana tanah runtuh. YBrs. Ir. Haji Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi NADMA telah dijemput untuk membentangkan tentang Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030.
Previous Next

Sesi Pre INSARAG External Reclassification (IER) 1 | 5 hingga 9 Mei 2025 | Markas Pasukan SMART, Selangor
 
Sedang berlangsung Sesi Pre IER 1 yang disertai oleh Mentor dari negara Australia, Mr David Lewis dan Mr. Tim Hassiotis dari New South Wales Fire and Rescue. Sesi ini dimulakan dengan taklimat yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA.
 
Sesi Pre IER 1 ini akan melibatkan latihan simulasi MyTeam Relief yang merupakan latihan berpusat bersama dengan pasukan sahabat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam pelbagai kepakaran masing-masing. Penyatuan ini sangat penting terutamanya dalam memastikan sistem dan cara kerja pasukan adalah selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh INSARAG.
 
Bagi latihan kali ini, 2 orang tetamu dari Australia akan bertindak selaku mentor Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi menghadapi IER SMART 2026. Perkara ini termaktub di dalam INSARAG Guidelines yang mana setiap pasukan yang bakal menjalani IER perlu mendapatkan khidmat mentor bagi memastikan pelaksanaan IER adalah licin berkesan.
 
Sesi bersama mentor ini amat penting memandangkan laporan penilaian yang dikemukakan oleh mentor kelak kepada Sekretariat INSARAG akan menentukan tahap persediaan Pasukan SMART untuk IER 2026. Sesi Pre IER 2 bersama mentor dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2025.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search