OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Sarawak terus tambah kepada 12,486 orang

Mangsa banjir di Sarawak terus tambah kepada 12,486 orang

Banjir di Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala di Sabah jumlah mangsa tidak menunjukkan perubahan ketara, setakat 8 pagi semalam.

Di Sarawak, keadaan banjir semakin memburuk dengan mangsa banjir meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, berbanding 11,234 orang daripada 3,187 buah keluarga malam kelmarin.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, daerah Bintulu kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 5,885 orang daripada 1,649 keluarga, diikuti Serian seramai 2,307 mangsa (709 keluarga), serta Samarahan dengan 2,005 mangsa (670 keluarga).

Bilangan mangsa yang agak tinggi turut dilaporkan di daerah Sibu dengan 1,163 mangsa daripada 293 keluarga, sementara di Miri pula merekodkan 650 mangsa (172 keluarga), Kuching dengan 475 mangsa (153 keluarga), manakala seorang mangsa dicatatkan di Mukah.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 5,216 orang daripada 1,820 keluarga, berbanding 5,195 orang daripada 1,797 keluarga, malam kelmarin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan 33 PPS masih kekal beroperasi di sembilan daerah.

Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 orang daripada 1,095 keluarga, diikuti Pitas dengan 806 mangsa (298 keluarga), Lahad Datu 514 mangsa (136 keluarga), Telupid 288 mangsa (75 keluarga), Paitan 238 mangsa (85 keluarga), dan Kota Belud 207 mangsa (67 keluarga).

Daerah lain yang terjejas ialah Beaufort 108 mangsa (31 keluarga), Beluran 57 mangsa (20 keluarga) dan Tongod 54 mangsa (13 keluarga).

Jawatankuasa itu melaporkan trend pemindahan mangsa di daerah Pitas menunjukkan peningkatan manakala daerah-daerah lain kekal tidak berubah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu Meirin Sugara yang juga Pegawai Daerah

Kota Marudu berkata bencana banjir di daerah itu dijangka pulih sepenuhnya berikutan cuaca baik semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, penduduk dibenarkan pulang secara berperingkat dan Komander Operasi Bencana sudah diarahkan untuk menyelaras kekuatan anggota, aset dan logistik di PPS bagi memastikan operasi penghantaran pulang mangsa banjir ke rumah masing-masing.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search