Banjir di Selangor pulih
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Selangor pulih sepenuhnya apabila kesemua 218 mangsa daripada 63 keluarga dibenarkan pulang manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit dan di Johor pula berkurangan pada petang ini.
Di SELANGOR, kesemua mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Petaling telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pagi tadi.
Exco Pengurusan Bencana Selangor Mohd Najwan Halimi berkata, empat PPS berkenaan ialah Dewan Kenanga Seksyen 28, Sekolah Kebangsaan (SK) Shah Alam Seksyen 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 di Shah Alam serta Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya Camelia (MBSJ) di Subang Jaya.
“Kesemua mangsa sudah mula dibenarkan pulang sejak semalam apabila banjir mulai surut di beberapa kawasan di daerah Klang serta Petaling,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata Dewan Serbaguna MBSJ Camelia Putra Heights yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Tengah, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Kuala Sungai Baru pula diisytiharkan tutup pada 5 petang.
“Dewan Kenanga yang turut menempatkan mangsa banjir dari Kampung Bukit Lanchong dan Kampung Lanchong Jaya ditutup pada 6 petang,” katanya menerusi kenyataan.
Di SABAH, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit iaitu daripada 683 orang daripada 186 keluarga pagi tadi kepada 687 orang daripada 191 keluarga petang ini.
Kesemua 475 orang daripada 121 keluarga dipindahkan di enam PPS di daerah Nabawan manakala jumlah mangsa banjir di dua PPS di Sook kekal iaitu 212 orang daripada 70 keluarga.
“Sebanyak 30 kampung di Nabawan dan dua kampung di Sook terjejas akibat bencana banjir berikutan hujan berterusan di kawasan pedalaman Sabah itu, masing-masing terletak 174 kilometer (km) dan 147 km arah Selatan dari Kota Kinabalu,” katanya.
Sementara itu, laman rasmi sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di Sabah pada petang hingga malam mengalami ribut petir dengan suhu antara 21-34 darjah Celsius.
Di JOHOR, seramai 163 mangsa daripada 52 keluarga masih terjejas hingga 4 petang, berbanding 177 mangsa daripada 58 keluarga pada pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, setakat ini satu daerah masih terjejas iaitu di Batu Pahat selain satu PPS beroperasi di SMK Seri Gading.
Beliau berkata, mangsa terdiri penduduk Kampung Baharu Sri Gading; Kampung Parit Bengkok; Kampung Parit Kaspan; Kampung Parit Samion; Kampung Parit Haji Salleh Ros; Kampung Parit Sri Muar; Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.
“Sungai Senggarang di daerah Batu Pahat berada pada paras amaran iaitu 3.16 meter dan Sungai Batu Pahat berada pada paras waspada iaitu 2.30 meter.
“Sementara itu, hingga 4 petang, cuaca di dua daerah iaitu Mersing dan Tangkak dilaporkan mendung manakala lain-lain daerah dilanda hujan. Amaran ribut petir juga dikeluarkan terhadap semua daerah di negeri ini pada sebelah petang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
Flood situation in Sabah worsens
- Admin UKK
- Berita
The flood situation in Sabah has worsened with a slight increase in the number of evacuees.
The state disaster management secretariat said in a statement that the number of evacuees has risen from 683 people from 186 families in the morning to 687 people from 191 families in the afternoon.
Of the total, 475 people from 121 families were housed at six relief centres in Nabawan, while 212 people from 70 families remained at two centres in Sook, Bernama reported.
“A total of 30 villages in Nabawan and two in Sook were affected by the floods, following continuous rain in Sabah’s interior, located about 174km and 147km south of Kota Kinabalu, respectively,” the statement said.
In Selangor, all evacuees housed at four temporary relief centres in the Petaling district earlier today, have been allowed to return home.
State executive councillor for disaster management Najwan Halimi said the four centres were Kenanga Hall in Seksyen 28; SK Seksyen 16 and SMK Seksyen 16 in Shah Alam; and the Subang Jaya City Council’s Camelia Hall.
“Evacuees were gradually allowed to return home, starting yesterday, as floodwaters began to recede in parts of Klang and Petaling,” he said when contacted.
In Johor, 163 evacuees from 52 families were at relief centres as of 4pm, down from 177 people from 58 families, earlier in the day.
State disaster management committee chairman Azmi Rohani said only Batu Pahat remains affected, with one active relief centre at SMK Seri Gading.
He added that Sungai Senggarang is at the warning level, with a reading of 3.16m, while Sungai Batu Pahat is at the alert level of 2.30m.
IPOH: Lebih 50 rumah rosak susulan ribut berserta hujan lebat yang melanda daerah Perak Tengah dan Larut Matang Selama lewat petang tadi.
Kejadian berlaku antara jam 4.30 petang hingga 6,30 petang itu membabitkan enam kampung di sekitar Perak Tengah dan tujuh di Larut Matang Selama, dengan beberapa kejadian pokok tumbang turut dilaporkan.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, enam kampung terjejas di sekitar Perak Tengah adalah Kampung Seberang Perak, Kampung Pasir Jenderis, Kampung Kepala Pulau, Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah dan Kampung Pasir Salak.
Sementara di Larut Matang Selama pula membabitkan Jalan Pengkalan Cemerlang, Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Pengkalan Air, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, dan Kampung Batu 2½.
"Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi di Teluk Intan bagi menempatkan penduduk terjejas terutama dari Perak tengah.
"Di Larut Matang Selama pula, PPS dibuka di Dewan Serbaguna Taman Kaya bagi menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
"Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, dan pihak berkuasa masih menjalankan penilaian terhadap kerosakan yang berlaku," katanya melalui kenyataan itu.
Dalam pada itu, susulan kejadian itu 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam digerakkan ke kawasan terbabit bagi membantu kerja pembersihan pokok tumbang, selain memberikan bantuan kepada penduduk.
IPOH: Sebanyak 50 rumah rosak akibat ribut berserta hujan di daerah Perak Tengah petang tadi.
Kejadian sama dilaporkan berlaku di Larut Matang dan Selama dan di Sungai Manik di Hilir Perak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, kejadian berlaku antara pukul 4.30 petang hingga 6,30 petang itu membabitkan enam kampung di Perak Tengah iaitu Kampung Seberang Perak, Kampung Pasir Jenderis, Kampung Kepala Pulau, Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah dan Kampung Pasir Salak.
Menurutnya, ribut di Perak Tengah menyebabkan beberapa buah rumah tercabut bumbung dan mengalami kerosakan teruk.
“Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jejawi pada pukul 7 malam tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas,” katanya.
Menurutnya, kejadian ribut turut berlaku di Sungai Manik di Hilir Perak, mengakibatkan enam buah rumah mengalami kerosakan.
Katanya, kejadian ribut juga dilaporkan di Larut Matang dan Selama di Jalan Pengkalan Cemerlang, Taman Medan Pengkalan, Taman Damai, Pengkalan Air, Taman Pengkalan Cemerlang, Kampung Pak Darus, dan Kampung Batu 2½.
“PPS dibuka di Dewan Serbaguna Taman Kaya bagi menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
“Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa masih menjalankan penilaian terhadap kerosakan yang berlaku,” katanya. – UTUSAN
KUALA LUMPUR: Hampir 500 tan sisa sampah berjaya dibersihkan dalam Op Mega Pembersihan setakat 2 petang ini di sekitar Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru dekat sini susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya 1 April lepas.
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Datuk Ramli Mohd Tahir berkata jumlah sisa dijangka meningkat apabila operasi pembersihan itu yang bermula semalam tamat petang ini.
“Sebanyak 120 tan sisa telah dibersihkan semalam, dan kita jangka akan ada penambahan lagi. Kita sudah menjalankan operasi pembersihan sejak hari ketiga kejadian (3 April) dan menjangkakan keseluruhan jumlah sisa yang dikutip mencecah 500 tan.
“Namun angka ini tidak termasuk tanah dan pasir yang turut dialihkan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi pembersihan di sini hari ini.
Katanya tong roll-on-roll-off (RORO) turut diletakkan di hujung setiap lorong kawasan perumahan terlibat bagi memudahkan penduduk membuang barangan rumah yang rosak.
Menurut Ramli sekiranya operasi tidak dapat diselesaikan sepenuhnya hari ini, KDEBWM akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk pertimbangan lanjutan tempoh pembersihan.
Sementara itu, penduduk Taman Putra Harmoni Nor Azlina Arifin, 52, mengucapkan penghargaan kepada semua agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam Op Mega Pembersihan yang disifatkannya meringankan beban penduduk.
“Kerja-kerja pembersihan terutama melibatkan pokok mati yang berisiko merosakkan rumah amat membantu kami. Bumbung rumah saya pecah akibat impak batu dan tanah sewaktu kejadian,” katanya yang kini bersama keluarganya menumpang di sebuah hotel butik berhampiran.
Op Mega Pembersihan selama dua hari itu melibatkan lebih 4,000 sukarelawan daripada lebih 20 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang digerakkan ke 12 zon di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru.
Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.