PUTRAJAYA: Malaysia akan meminta junta tentera Myanmar melanjutkan tempoh gencatan senjata di negara itu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi.
Perkara itu akan dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan sulung beliau selaku Pengerusi ASEAN dengan Ketua Tentera Myanmar, Min Aung Hlaing di Bangkok, Khamis ini.
“Saya minta diredakan dan dihentikan kegiatan ketenteraan ketika orang tengah sengsara.
“Mudah-mudahan dalam perbincangan saya dengan Perdana Menteri Myanmar pada 17 April ini saya minta dilanjutkan gencatan senjata itu kerana alasan kita mahu hantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan menjamin keselamatan mereka.
“Pasukan kita terbukti antara yang terbaik dalam kalangan negara ASEAN, bukan sahaja dari segi latihan, tetapi juga kelengkapan yang kita bawa,” katanya pada perjumpaan bersama warga Kementerian Kewangan di sini, semalam.Perdana Menteri berkata, beliau ke Bangkok bagi menghadiri mesyuarat penting bersama Penasihat ASEAN dan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra.
Justeru, beliau akan menggunakan kesempatan itu untuk bertemu pemimpin Myanmar yang telah mengumumkan gencatan senjata pada 17 hingga 22 April ini selepas beliau mewakili ASEAN menyuarakan permintaan tersebut.
Meskipun hubungan diplomatik ASEAN-Myanmar kini dibatasi oleh konsensus lima perkara, Anwar menegaskan, pertemuan itu semata-mata atas dasar kemanusiaan kerana malapetaka yang dihadapi rakyat negara itu akibat gempa bumi agak parah.
Anwar berkata, beliau akan turut menyuarakan kepada pemimpin Myanmar itu supaya menghentikan serangan terhadap golongan musuh politik dan kawasan bergolak seperti wilayah Karen dan Rakhine, agar rundingan seterusnya dapat dijalankan secara aman dan berkesan.
“Jemaah Menteri turut bersetuju untuk meneruskan bantuan melalui hospital medan yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia,” katanya yang akan ke Bangkok selepas berakhir lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.
Menurut Anwar, pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Thailand untuk menyelesaikan isu berkaitan Sungai Golok yang menjadi punca kepada banjir berulang di selatan Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan.
Katanya, langkah itu penting bagi menyelesaikan masalah berkenaan sehingga menjejaskan kehidupan rakyat di sempadan.
“(Antara perkara yang akan dibincangkan) ialah cadangan (membina) jambatan (antara kedua-dua negara), kerja-kerja pengorekan dan pembersihan Sungai Golok yang menyebabkan kebanjiran di kawasan Selatan Thailand dan Kelantan,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut menangkis pandangan sinis segelintir pihak yang mempersoalkan keprihatinan kerajaan terhadap krisis luar negara terutama di Myanmar ketika ini berbanding isu rakyat tempatan.
“Kalau tidak selesai masalah Myanmar, (kesannya akan sampai ke sini) apabila lebih 200,000 pelarian Rohingya datang ke Malaysia. Penyeludupan candu, opium (dadah) akan meningkat.
“Rundingan antara dua negara dan ASEAN agak terbatas. Jadi ada kebijaksanaan untuk kita rangkul kekuatan bersama,” jelasnya. – UTUSAN
BUKIT GANTANG: “Saya hanya mampu menangis ketakutan melihat ribut yang sangat kuat.”
Itu kata seorang wanita, Hayati Mohamad, 49, apabila melihat bumbung rumahnya dan jiran diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Pak Darus, di sini petang kelmarin
Hayati, yang tinggal bersama anak perempuannya dan bapanya yang uzur berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang ketika mereka berada di dalam rumah.
Menurutnya, ketika itu dia baru bangun tidur dan hendak ke tandas, tiba-tiba terdengar deruan angin yang sangat kuat.
“Saya rasa sangat takut apabila melihat bumbung rumah emak saudara dan adik saya tercabut diterbangkan angin. Saya menangis sebab terlalu takut.
“Saya jerit pada abah jangan keluar rumah tetapi dia tetap hendak tengok apa yang berlaku. Saya takut sebab tiupan angin sangat kuat.
“Saya ingatkan rumah saya selamat, rupa-rupanya bumbung di bahagian dua bilik rumah kami juga diterbangkan angin. Air hujan masuk dalam rumah, tilam basah, barangbarang lain tidak rosak sangat, tetapi tetap terkena air hujan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Seorang lagi mangsa ribut, Rosnani Che Meh, 52, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja tersedar dari tidur di dalam bilik bersama cucunya.
Menurutnya, dia terjaga selepas mendengar deruan angin yang kencang dan bumbung rumahnya pula bergegar dengan kuat.-UTUSAN.
BUKIT GANTANG: “Saya hanya mampu menangis ketakutan melihat ribut yang sangat kuat.”
Itu kata seorang wanita, Hayati Mohamad, 49, apabila melihat bumbung rumahnya dan jiran diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Pak Darus, di sini petang kelmarin
Hayati, yang tinggal bersama anak perempuannya dan bapanya yang uzur berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang ketika mereka berada di dalam rumah.
Menurutnya, ketika itu dia baru bangun tidur dan hendak ke tandas, tiba-tiba terdengar deruan angin yang sangat kuat.
“Saya rasa sangat takut apabila melihat bumbung rumah emak saudara dan adik saya tercabut diterbangkan angin. Saya menangis sebab terlalu takut.
“Saya jerit pada abah jangan keluar rumah tetapi dia tetap hendak tengok apa yang berlaku. Saya takut sebab tiupan angin sangat kuat.
“Saya ingatkan rumah saya selamat, rupa-rupanya bumbung di bahagian dua bilik rumah kami juga diterbangkan angin. Air hujan masuk dalam rumah, tilam basah, barangbarang lain tidak rosak sangat, tetapi tetap terkena air hujan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Seorang lagi mangsa ribut, Rosnani Che Meh, 52, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja tersedar dari tidur di dalam bilik bersama cucunya.
Menurutnya, dia terjaga selepas mendengar deruan angin yang kencang dan bumbung rumahnya pula bergegar dengan kuat.-UTUSAN.
REMBAU: Malaysia will help set up a field hospital in Myanmar to help victims of the recent earthquake, says Datuk Seri Mohamad Hasan (pic).
The Foreign Minister said he had tabled this proposal during the last Cabinet meeting and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had agreed in principle to proceed with the matter.
“We will also decide how many surgeons and other personnel will be sent from here to man the hospital,” he told reporters when met at his Hari Raya open house in Kg Tanjung in Rantau near here yesterday.
Mohamad, also known as Tok Mat, said Malaysia will also fly in medical supplies, as these are not readily available in the affected areas in Myanmar.
He said Malaysia is ready to help out, as we have the experience setting up field hospitals during disasters in other countries such as Turkiye and Bangladesh previously.
“We want to help, as 84 hospitals in Myanmar have been damaged by the quake.
“We will also work with other Asean member countries to provide mobile water-purifying systems to Myanmar, as its underground pipe networks have also been badly damaged,” he said, adding that Asean will also help by providing tents and temporary shelters as many houses have been destroyed.
He said discussions are also being held at the Asean Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management to coordinate aid distribution from member countries.
Mohamad said he would also talk to the Thai government to allow aid from Asean countries to be flown into Myanmar’s capital Naypyidaw via its Don Mueang Airport due to its proximity.
The minister also estimated that the process of rebuilding Myanmar would take a decade based on what he witnessed during his visit there following the April 5 earthquake.
“There have been several tremors reported ever since, and the people are afraid to sleep indoors.
“Even I felt a tremor while having a meeting with the Myanmar Prime Minister during the visit,” he said.
Mohamad also expressed hope that fighting between the warring factions in Myanmar will stop for now.
“During my visit, I did tell the authorities there that if the safety of any Asean or Malaysian aid workers is threatened, we will not hesitate to pull out immediately.”
SUBANG JAYA: Sejumlah 613 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights dibenarkan pulang ke penginapan sementara atau kediaman masing-masing.
Pengerusi Bencana Daerah Petaling, Huzunul Khaidil Mohamed berkata, mangsa telah keluar secara berperingkat selepas makluman pengosongan PPS itu dibuat pada Khamis lalu.
“Jadi mereka semua telah membuat perancangan keluarga masing-masing. Ada yang berhajat untuk berpindah ke kediaman sendiri, ada yang menumpah rumah saudara, ada yang menyewa terus.
“Ada juga mangsa dan keluarga yang terus mengambil insentif yang diberikan oleh kerajaan iaitu penempatan inap desa daripada AirBnB dan juga ada yang ditaja oleh ahli parlimen untuk pindah ke hotel untuk sementara waktu.
“Untuk hari ini ada 60 keluarga yang masing-masing telah keluar yang terakhir keluar pada pukul 2 petang sebentar tadi,” katanya kepada pemberita di PPS berkenaan.
Huzunul turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat pengumuman rasmi berhubung penutupan PPS berkaitan insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas keprihatinan, sokongan dan doa yang berterusan kepada mangsa tragedi.
“Saya mewakili semua petugas dan agensi yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia atas segala bentuk bantuan. Tanpa sokongan bersama, segala urusan tidak akan semudah ini,” katanya.
Tambah beliau, kejayaan operasi ini merupakan hasil kerjasama erat pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penyelamat, pasukan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – UTUSAN
