OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Lebih 2,000 hektar musnah akibat kebakaran hutan di Israel

BAITULMAQDIS: Kebakaran hutan besar telah memusnahkan lebih 2,000 hektar tanah di Israel, memaksa pemandu meninggalkan kenderaan mereka ketika api merebak ke kawasan jalan raya utama.
Menurut pihak berkuasa, kebakaran itu bermula di kawasan perbukitan berhampiran Baitulmaqdis pada hari Rabu, dipacu oleh cuaca panas dan angin kencang.
Asap tebal menyelubungi bandar, menyebabkan masalah besar kepada penduduk dan perkhidmatan kecemasan.
 
Sekurang-kurangnya 23 mangsa cedera, kebanyakannya akibat sesak nafas dan melecur. di mana 12 orang telah dimasukkan ke hospital, sementara pasukan bomba berusaha mengawal api yang merebak dengan pantas.
Helikopter dan pesawat pemadam kebakaran dari beberapa negara termasuk Sepanyol, Itali, Perancis, dan Romania telah dikerahkan untuk membantu usaha pemadaman.
Lebuh raya utama yang menghubungkan Tel Aviv dan Baitulmaqdis terpaksa ditutup sementara, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kekacauan di kawasan sekitar.
 
Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran kepada penduduk agar mengelakkan kawasan hutan dan berhati-hati ketika menyambut Hari Kemerdekaan Israel.
Walaupun kebakaran kini dilaporkan semakin terkawal, usaha pemadaman masih diteruskan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan perumahan.
 
 

Aktiviti korek tanah tanpa permit

KLANG: Aktiviti pengorekan tanah di Bukit Payung dan Bukit Kerayong didakwa dilakukan secara haram sejak permit yang diberikan kepada operator oleh pejabat daerah dan tanah (PDT) tamat pada tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Noor Najhan Mohamad Salleh berkata, isu tarah kedua-dua bukit ber­kenaan membimbangkan penduduk kerana mencetuskan banjir lumpur ketika hujan lebat.

Menurutnya, permit operator ditamatkan di­percayai selepas aktiviti pengorekan tanah itu memberi kesan sosial kepada penduduk, namun mendakwa pernah didatangi beberapa operator cuba mendapatkan sokongannya bagi memperoleh permit baharu.

“Permit mereka tamat pada tahun lalu, namun saya tidak memberikan sebarang surat sokongan.

“Bagaimanapun, se­hing­ga hari ini kelihatan ada antara mereka yang masih menarah kedua-dua bukit secara haram untuk membawa keluar tanah bagi kegunaan aktiviti pembinaan di kawasan berhampiran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, sebelum ini pihaknya pernah menerima aduan berkenaan isu banjir dan difahamkan operator diarahkan untuk membina kolam tadahan.

“Bagi mengelak banjir, sebelum ini operator pernah diarahkan membina kolam takungan untuk menampung limpahan air hujan, sekurang-kurangnya air tidak terus mengalir ke bawah (kawasan kampung). Pernah saya tinjau, operator kata ada kolam. Tetapi, bila saya tinjau tak nampak pula kolam tersebut, tak tahulah betul atau tidak ia dibina,” ujarnya.

Kata Noor Najhan, beliau menyarankan kerajaan negeri memeriksa semula keperluan penambahan kakitangan di peringkat pihak berkuasa PDT untuk memantau aktiviti pembinaan atau pengorekan tanah dengan atau tanpa permit. –UTUSAN

Pengusaha bas sekolah rugi hampir RM1 juta

SUBANG JAYA: “Usaha 20 tahun saya musnah sekelip mata.”

Itu luahan seorang pengusaha bas sekolah dan perkhidmatan khemah, Mohd. Radzi Mohd. Rashid, 43, apabila seluruh kediaman dan aset perniagaannya musnah dalam tragedi letupan paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights di sini, bulan lalu.

Mohd. Radzi berkata, beliau menanggung kerugian dianggarkan hampir RM1 juta selepas tiga bas sekolah, tiga van, beberapa rumah sewa, sistem pendawaian kediaman serta peralatan perniagaan hangus terbakar dalam kejadian itu.

“Rumah saya musnah keseluruhan. Tiada satu pun dapat diselamatkan. Bas sekolah, van semua musnah. Rumah sewa empat unit habis terbakar. Saya juga masih belum sembuh sepenuhnya kerana lengan kanan melecur tahap tiga, muka pun terjejas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Radzi yang sebelum ini menetap di Lot 5 Kampung Kuala Sungai Baru kini menyewa di lot 43 kampung sama buat sementara waktu.

Katanya, perniagaan yang diusahakan lebih dua dekad itu pada asalnya diwarisi daripada bapa dan menjadi punca rezeki utama keluarganya termasuk beberapa pekerja tempatan.

“Saya tidak dapat menjana sebarang pendapatan sekarang. Hendak pulihkan rumah, hendak baiki pendawaian elektrik, upah tukang, ganti bas dan van, semuanya perlukan belanja besar. Belum masuk lagi peralatan khemah yang musnah,” katanya dengan nada sayu.

Tambahnya, kerosakan besar  pada aset utama seperti kenderaan dan sistem pendawaian menjadi faktor utama nilai kerugian mencecah angka jutaan ringgit.

“Ini bukan kerosakan kecil. Satu rumah pun kos baik pulih boleh cecah ratusan ribu ringgit. Kalau ada wayar hangus, tukar semula. Bas dan van pula bukan murah, itu semua perlukan insurans dan servis khas,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Saifullizam, 40, turut menganggarkan kerugian mencecah RM500,000 selepas dua unit rumahnya yang disewakan musnah sepenuhnya akibat letupan.

“Rumah-rumah ini saya sewakan. Sekarang semuanya musnah, penyewa pun hilang tempat tinggal. Saya sendiri terpaksa menyewa di Shah Alam,” katanya.

Tambahnya, letupan itu juga menyebabkan tanah runtuh yang mengambus longkang utama, namun tiada penjelasan lanjut mengenai perparitan dalam pelan baik pulih. – UTUSAN

Insiden Putra Heights: Laporan siasatan PDRM dibentang minggu depan

SHAH ALAM: Laporan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini dijangka dibentangkan dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ketika ini polis sudah menamatkan siasatan berkaitan kecuaian, khianat ataupun kesalahan jenayah berhubung insiden berkenaan.

"Laporan sedang disiapkan dan kita jangkakan dalam tempoh seminggu daripada sekarang. PDRM akan membentangkan laporan untuk perhatian masyarakat dan ia akan dinilai oleh jawatankuasa yang seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Sewa Rumah Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas Putra Heights di Foyer, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Amirudin berkata, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga giat melaksanakan siasatan sejak hari pertama hingga kini.

"Beberapa penutupan jalan sebelum ini bagi kawasan-kawasan siasatan akan ditarik semula bagi membenarkan jalan itu dibuka.
 

"Hanya Pos Kawalan Hadapan di kawasan bencana dikekalkan supaya kita dapat kawal dan membenarkan pihak seperti JKKP serta pihak teknikal lain melakukan siasatan lanjut.

"Saya anggarkan JKKP memerlukan sekurang-kurangnya sebulan dari sekarang untuk memuktamadkan laporan siasatan itu sebelum dibentangkan ke kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," katanya.

 

 

Heavy rain floods Putra Heights blast crater within an hour

SUBANG JAYA: It took just an hour of heavy rain to almost completely flood the crater at ground zero, where work is ongoing to extract the final section of a gas pipeline in Putra Heights.

About half an hour after reporters left the site following a visit to ground zero, a heavy downpour began at around 2pm.

By approximately 3pm, while the rain was still falling, a source revealed that the crater had almost completely flooded, sharing a photo via WhatsApp.

At least 50 members of the media were allowed into ground zero today - a move that Selangor police chief Datuk Hussein Omar Khan believed would help them better understand the immense challenges faced by the joint investigation team probing the incident.

The group was escorted from the main road along Persiaran Harmoni to Jalan Putra Harmoni 1/3, adjacent to the crater.

Police then requested that members of the media surrender their mobile phones before being granted access to the site where the investigation was taking place.

Homes located near the crater bore evidence of the devastating heat from the flames, which the Fire and Rescue Department said reached over 1,000 degrees Celsius.

Some of the houses closest to the site had only their cement walls still standing.

There were also signs that the heat had melted metal, believed to be remnants of vehicles, with several pieces of melted metal and alloy seen strewn on the ground in front of the damaged houses.

Earlier today, it was reported that rain remains the biggest challenge for investigators at ground zero, where the gas pipeline exploded.

Hussein was quoted as saying that it had rained on 20 out of the 28 days since investigations began at the site.

He also told reporters that once it rains, it takes nearly half a day to pump out the stagnant water from the crater before excavation work on the affected pipe can resume.

He added that the rain had also made the ground unstable, further slowing down operations at the scene.

On April 1, a massive fire involving a Petronas gas pipeline broke out in Putra Heights, Selangor.

Videos captured dramatic scenes of orange flames shooting skywards from the pipeline site, visible from kilometres away.

The incident destroyed 81 homes in the vicinity of the blast, with another 81 partially damaged, and 57 others affected by the heat of the flames.

 

 

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search