OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Lebih 150 mangsa Tragedi Putra Heights sudah terima bayaran sewa rumah

BANTING: Kerajaan Selangor sudah menyalurkan bantuan bayaran sewa rumah selama tiga bulan kepada lebih 150 keluarga mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah, berkata jumlah penerima bantuan setakat semalam dijangka terus meningkat, seiring mangsa melepasi proses siasatan oleh pihak berkuasa berkaitan.

 

Beliau berkata, bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun bank mangsa yang terlibat.

"Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengarahkan agar bantuan tiga bulan pertama dimasukkan terus ke akaun penerima, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Krematorium Moden Kampung Sungai Buaya, Kuala Langat di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han.

Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata seramai 396 ketua isi rumah terlibat dalam insiden itu layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan, dengan kadar RM2,000 sebulan.

Mengulas lanjut, Borhan berkata kerajaan negeri masih meneliti bentuk bantuan bersesuaian untuk pembinaan semula rumah mangsa yang terjejas.

"Perkara ini sedang dibincangkan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi berkaitan. Menteri Besar akan mengumumkan perinciannya nanti kerana terdapat beberapa kategori kerosakan yang perlu dikenal pasti, sama ada musnah sepenuhnya atau kerosakan kecil," katanya.

Kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, manakala 81 rumah lagi mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Dalam perkembangan berasingan, Ng memaklumkan pembinaan krematorium moden di Kampung Sungai Buaya dijangka bermula hujung tahun ini dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan, dengan anggaran kos keseluruhan sekitar RM5 juta.

Beliau berkata projek atas tanah seluas 0.404 hektar (satu ekar) itu akan dilengkapi tiga unit tempat pembakaran berteknologi moden yang menitikberatkan kecekapan operasi, keselamatan pengguna dan pemeliharaan alam sekitar. – BERNAMA

Kebakaran Putra Heights: Operasi mega KDEBWM kumpul lebih 1,000 tan sisa pepejal

KLANG - Lebih 1,000 tan sisa pepejal dikutip oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) hasil kerja pembersihan susulan insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, jumlah itu direkodkan sepanjang operasi mega pembersihan dijalankan di kawasan perumahan yang terjejas.

"Kebanyakan kawasan sudah dibersihkan sepenuhnya dan penduduk juga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Lori FUSO Euro 5 Arm Roll di Hap Seng Star di sini pada Selasa.

 

Ramli memberitahu, bagi memudahkan proses pelupusan sisa, KDEBWM turut menyediakan tong sampah di semua 12 lorong perumahan yang terlibat.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih menjalankan kerja-kerja pembersihan mengikut keperluan penduduk.

"Perkhidmatan lori RORO (Roll On Roll Off) turut disediakan secara percuma dan hanya akan ditamatkan apabila kerja pembersihan selesai sepenuhnya," tambah beliau.

 

Hujan lebat di Sabah, Sarawak petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti.

“Cuaca buruk dijangka berlaku di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah amaran ribut petir melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan,” kata kenyataan itu.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Berita baik untuk mangsa letupan paip gas di Putra Heights minggu ini - Kor Ming

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat pengumuman berita baik untuk semua mangsa letupan paip gas di Putra Heights, Subang minggu ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, perkara itu akan diumumkan beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.

"(Berkenaan) bencana kebakaran (paip gas di) Putra Heights, di mana minggu ini kerajaan MADANI, saya bersama Menteri Besar Selangor (Amiruddin) akan membuat pengumuman yang membawa berita baik, 'unpreecedented recovery plan' (pelan pemulihan yang belum pernah diumumkan) untuk mangsa kebakaran di sana.

"Kita akan buat pengumuman pada minggu ini juga. Saya harap rakyat sabar.. sedikit masa saja lagi, nantikan berita baik yang akan disampaikan nanti," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Public must learn the basics of disaster management - NADMA

KUALA LUMPUR: The public must be equipped with basic knowledge in disaster management to prepare them for any situation, including floods, said the National Disaster Management Agency (NADMA) director-general Datuk Khairul Shahril Idrus.

However, he emphasised that public involvement in disaster management is the international standard and should not be seen as a sign of government agencies’ weakness.

“...internationally, everyone, including members of the public, has a role to play in ensuring their safety, which in turn helps reduce the risk of losses or property damage,” he said after appearing as a guest on Bernama Radio’s Jendela Fikir programme titled NADMA dan Usaha Malaysia dalam Pengurusan Bencana ASEAN (NADMA and Malaysia’s Efforts in ASEAN Disaster Management)

According to Khairul Shahril, NADMA encourages public and NGO involvement in disaster management by fostering a deeper understanding of multi-stakeholder collaboration, which is key to effective disaster response and preparedness.

On Malaysia’s efforts in international disaster management, he said overseas humanitarian missions, particularly in ASEAN countries, have significantly enhanced the skills of the country’s rescue and relief personnel.
 
“Each country faces unique challenges and adopts different approaches. Indonesia, for example, experiences more frequent and complex disasters compared to Malaysia. Through humanitarian missions, we can learn strategies and best practices in disaster management.
 
“Overseas experience helps us to enhance our knowledge and elevate the level of disaster management within the country,” he said.

On the involvement of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) in Myanmar under the Malaysian Humanitarian Aid Mission, Khairul Shahril noted that the team received recognition from the United Nations following a thorough audit process.

He said, NADMA aims to leverage Malaysia’s expertise to help raise the standards of rescue personnel across ASEAN, through joint training sessions, among other things, adding that the initiative was among the key objectives of the recent official visit by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi to Indonesia’s National Disaster Management Authority and the ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance.

A total of 50 NADMA personnel were involved in the humanitarian aid mission and search and rescue operations for earthquake victims in Myanmar last month.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search