LAWATAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (KPPA) KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
27 Disember 2023 - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkapli bin Mohamed telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), bagi memantau situasi semasa banjir yang berlaku ketika ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC berkenaan pemantauan semasa Bencana di kawasan-kawasan yang terlibat. Turut hadir sama dalam taklimat ini YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai kanan NADMA.