Sesi Libat Urus mengenai Pembangunan Pengkalan Data Utama (PADU).
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 September 2023 ~ YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA menghadiri Sesi Libat Urus mengenai Pembangunan Pengkalan Data Utama (PADU).
PADU merupakan Pangkalan data (𝘥𝘢𝘵𝘢𝘣𝘢𝘴𝘦) utama yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi Kerajaan. Objektif PADU adalah menyediakan pangkalan data utama negara yang komprehensif dan 𝘳𝘦𝘢𝘭 / 𝘯𝘦𝘢𝘳 𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘵𝘪𝘮𝘦. lanya akan menghasilkan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
Data sebagai aset strategik negara bagi pembuatan keputusan utama kerajaan merangkumi mengimbangi kedudukan fiskal melalui pendekatan dasar secara bersasar dan menstruktur semula ekonomi negara.