πππππππππ ππππππ πππππππππππ πππππππππππ πππ ππππππππ ππ πππππ: ππππππππ πππππππππ πππππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππππππ ππππππ πππππππππππ πππππππππππ πππ ππππππππ ππ πππππ: ππππππππ πππππππππ πππππππππ
Β
PUTRAJAYA,2 JULAI β NADMA menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diketuai oleh Encik Shafie bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) di Ibu Pejabat NADMA.
Β
Perbincangan ini memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana, khususnya melibatkan pembangunan Skuad Agrikomoditi KPK sebagai platform sukarelawan berasaskan kepakaran teknikal.
Β
Inisiatif ini mencerminkan peranan NADMA sebagai agensi penyelaras utama dalam memperkukuh jaringan kolaborasi rentas sektor, bagi membina ekosistem kesiapsiagaan bencana yang lebih tersusun, tangkas dan berimpak tinggi kepada negara.
Β
Kerjasama ini juga memperlihatkan nilai tambah kepada negara melalui pengukuhan kapasiti komuniti dan sukarelawan yang lebih bersedia, terlatih serta responsif dalam menghadapi situasi bencana.
NADMA kekal komited menerajui agenda pengurusan risiko bencana yang lebih bersepadu demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
