ππππππππππ πππππ ππππππππππ πππππ πππππππ (ππππ) ππ πππππ πππππππ πππ ππππππππππ ππππππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππππ πππππ ππππππππππ πππππ πππππππ (ππππ) ππ πππππ πππππππ πππ
ππππππππππ ππππππππππ πππππππ
Β
KUALA LIPIS, 2 Julai β Penduduk di sekitar Kuala Lipis kini bakal menikmati kemudahan pemindahan bencana yang lebih selesa, selamat dan teratur menerusi penyiapan Dewan Terbuka Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Benta.Kemudahan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan yang lebih kondusif kepada mangsa ketika bencana, malah turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi situasi kecemasan pada masa hadapan.
Β
Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, bersama Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Puan Hanita Kassim serta Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis, Dr. Azwan Ezzany Azmi. PPKB SK Benta merupakan projek binaan baharu kedua yang berjaya disiapkan di Malaysia dengan kos pembinaan berjumlah RM8.447 juta. Projek yang dipantau oleh JKR Daerah Lipis ini telah disiapkan dalam tempoh 15 bulan, iaitu tiga hari lebih awal daripada jadual asal pada 24 April 2026, dan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 300 mangsa pada satu-satu masa.
Β
Dibangunkan berteraskan konsep dwifungsi, PPKB ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemindahan semasa bencana, malah dimanfaatkan sebagai kemudahan sekolah dan komuniti pada waktu biasa. Pendekatan ini memastikan aset awam terus digunakan secara optimum, sekali gus memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat.
Β
Pembangunan PPKB turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui NADMA dalam memperkukuh pengurusan bencana yang lebih cekap, berdaya tahan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
